Harian Metro

Misteri rumah kosong terbongkar

-

Padawan: Tanda tanya sebuah rumah kosong yang menyimpan van dan motosikal curi sejak beberapa minggu lalu terbongkar selepas diserbu polis, di Lorong Semariang Batu, di sini, Selasa lalu.

Serbuan kira-kira jam 5 petang itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah

(IPD) Padawan yang menjalanka­n Ops Lejang.

Rahsia rumah kosong itu terbongkar selepas polis menjalanka­n risikan sejak beberapa hari lalu selain mendapat maklumat awam yang curiga dengan kehadiran beberapa individu yang meletakkan kenderaan di rumah berkenaan.

Timbalan Ketua

Polis Daerah Padawan Deputi Superinten­dan Merbin Lisa berkata, bertindak atas maklumat risikan, sepasukan polis kemudianny­a menyerbu rumah berkenaan dan menemui van dan tiga motosikal.

Menurutnya, pemeriksaa­n lanjut mendapati van yang menggunaka­n nombor pendaftara­n palsu itu mempunyai rekod dilaporkan hilang beberapa minggu lalu manakala rekod motosikal berkenaan masih lagi disemak.

“Van Toyota yang ditemui dilaporkan hilang oleh seorang lelaki berusia 37 tahun selepas mendapati kenderaan milik majikannya yang diparkir di kedai di Batu Kawa hilang 5 Disember lalu.

“Manakala tiga lagi motosikal Yamaha 125Z, LC135 dan SYM yang ditemui dipercayai dicuri memandangk­an nombor chasis dan enjinnya sudah diganggu bagi mengelak dari dikesan,” katanya.

Aidil berkata, polis juga membuat semakan rekod mendapati dua daripada tiga motosikal yang ditemui dilaporkan hilang di Kuching dan Batu Kawa manakala sebuah lagi masih lagi disemak.

Katanya, ketika serbuan dijalankan, rumah berkenaan tidak berpenghun­i, namun polis juga masih mengesan individu yang terbabit dalam kegiatan curi kenderaan berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana curi kenderaan yang sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara hingga tujuh tahun dan denda,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia