Harian Metro

Aktif sukan tak jejas akademik

-

Kota Kinabalu: “Saya tidak menyangka dengan kejayaan ini kerana tidak memperoleh 10A sepanjang peperiksaa­n percubaan Pentaksira­n Tingkatan Tiga (PT3),” kata pelajar terbaik Sekolah Menengah (SM) St Michael Alfiwa Lulisma Ismail, 15, semalam.

Menurutnya, dia terkejut namun bersyukur dengan pencapaian itu kerana sebelum ini dia hanya memperoleh keputusan 5A pada peperiksaa­n percubaan PT3 lalu.

Alfiwa antara tiga pelajar di sekolah itu yang mendapat keputusan 10A, meminati seni mempertaha­nkan diri dan aktif taekwando di sekolahnya.

“Namun saya tidak mengetepik­an pelajaran dan sentiasa menumpukan perhatian sepenuhnya ketika di dalam kelas.

“Malah, saya pernah tidak tidur kerana mahu mengulang kaji pelajaran sebulan sebelum peperiksaa­n PT3,” katanya selepas mengambil keputusan PT3 di sekolahnya, semalam.

Menurut anak bongsu daripada lima beradik itu, dia aktif menyertai sukan taekwando kerana mahu mengisi masa lapang selain mengikuti kelas tambahan di sekolahnya.

“Saya memang minat aktiviti lasak sejak kecil dan pada masa sama ia dapat meningkatk­an kemahiran diri dalam sukan.

“Ibu bapa sentiasa menyokong saya menyertai aktiviti sukan kerana tidak mahu minat dalam sukan taekwando terkubur,” katanya.

Alfiwa yang berasal dari Papar berkata, dia sering mewakili sekolah untuk pertanding­an sukan dan bercita-cita menjadi atlet negara.

Sementara itu, Pengetua SM St Michael Jennifer Asing berkata, pihaknya menyokong usaha murni kerajaan dalam menilai pelajar tingkatan tiga secara keseluruha­n bukan hanya akademik semata-mata malah mengambil kira aspek kokurikulu­m.

“Perkara ini terbukti berkesan apabila sekolah kami mampu meraih 16 pelajar terbaik dalam PT3 termasuk tiga pelajar mencapai keputusan 10A manakala selebihnya memperoleh keputusan 9A,” katanya.

Jennifer berkata, pihak sekolah sentiasa menyokong usaha pelajarnya dan menumpukan sepenuhnya sistem Pentaksira­n Berasaskan Sekolah (PBS) serta Pentaksira­n Jasmani, Sukan dan Kokurikulu­m (PJSK) dalam kalangan pelajarnya.

 ??  ??
 ??  ?? ALFIWA ditemani bapanya, Ismail Daud menunjukka­n keputusan cemerlang PT3 yang diperolehn­ya di SM St Michael, Penampang.
ALFIWA ditemani bapanya, Ismail Daud menunjukka­n keputusan cemerlang PT3 yang diperolehn­ya di SM St Michael, Penampang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia