Harian Metro

Belajar dalam khemah

- Fardy Bungga dan Nasrawati Syarifuddi­n hmkk@hmetro.com.my

 Pelajar terima keputusan cemerlang biarpun diduga rumah terbakar

Menetap di khemah kerana rumahnya musnah dalam kejadian kebakaran tahun lalu bukan penghalang bagi Nor Izzah Iffah Idrus, 15, mendapat keputusan cemerlang dalam Pentaksira­n Tingkatan Tiga (PT3).

Nor Izzah, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Titingan mendapat keputusan 6A gembira kerana dapat membuktika­n kekurangan bukan penghalang untuknya berjaya.

“Rumah kami di Kampung Habib Abdul Rahman terbakar pada April 2016 dan sejak itu kami sekeluarga menetap di khemah sementara di Batu 2 Jalan Apas.

“Saya terpaksa belajar dalam keadaan kurang selesa, sempit, panas dan kalau hujan, tempat tidur basah serta berlantaik­an tanah.

“Selain itu, pada waktu malam saya terpaksa mengulang kaji dengan masa terhad kerana tenaga elektrik hanya dibekalkan dari jam 6 petang sehingga jam 9 malam,” katanya ketika ditemui selepas menerima keputusan di sekolahnya, semalam.

Katanya, dia sering berdoa supaya dipermudah­kan segala urusan dan kesusahan yang dihadapi bukan alasan untuk mengulang kaji pelajaran.

“Saya tetap bersemanga­t untuk mengulang kaji pelajaran sepanjang ditempatka­n di khemah itu.

“Berkat doa saya selama ini, akhirnya keluarga saya diberikan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Balung pada bulan lalu,” katanya.

Terdahulu, Nur Izzah berkata, antara perkara diamalkan untuk mendapat keputusan itu adalah belajar secara berkumpula­n dengan rakan sekelas.

Sementara itu, di Kota Kinabalu, Celina Anatte Bernard, 15, hanya meluangkan masa selama dua jam setiap hari untuk mengulang kaji pelajaran sebelum mendapat keputusan cemerlang dalam PT3.

Celina, pelajar Sekolah Menengah (SM) Tinggi Kota Kinabalu itu berjaya mencapai keputusan 8A dan 1B.

Menurut Celina, dia tidak mengikuti sebarang kelas tambahan di luar sekolah tetapi hanya bergantung kepada kelas tambahan yang disediakan oleh pihak sekolahnya.

“Disiplin sangat penting untuk seseorang pelajar itu mendapat keputusan cemerlang. Saya perlu pastikan dapat melakukan ulang kaji sekurang-kurangnya dua jam setiap hari,” katanya.

 ?? FOTO: NASRAWATI SYARIFUDDI­N DAN FARDY
BUNGGA ?? NOR Izzah bersama bapanya bergambar kenangan selepas menerima keputusan PT3.
FOTO: NASRAWATI SYARIFUDDI­N DAN FARDY BUNGGA NOR Izzah bersama bapanya bergambar kenangan selepas menerima keputusan PT3.
 ??  ?? KENANGAN Nor Izzah belajar bersama rakannya ketika masih menetap di khemah sementara Batu 2, Jalan Apas.
KENANGAN Nor Izzah belajar bersama rakannya ketika masih menetap di khemah sementara Batu 2, Jalan Apas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia