Harian Metro

Wanita maut kereta dinaiki rempuh tapak pembinaan

-

Kinabalu: Wanita maut selepas kenderaan yang dinaikinya bersama empat rakan lain terbabas sebelum merempuh kawasan tapak pembinaan jalan di Lido, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, mangsa Connie Agnes Felix, 23, maut, dua lagi penumpang belakang parah manakala pemandu dan penumpang hadapan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, siasatan mendapati kemalangan dipercayai berlaku akibat sebuah kenderaan melakukan pusingan U secara tiba-tiba di jalan berkenaan.

Katanya, pemandu kereta Proton Saga berusia 27 tahun itu cuba mengelak namun kenderaan mereka gagal dikawal sebelum terbabas.

“Akibat kemalangan itu, penumpang wanita disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi penumpang berusia 29 dan 25 tahun dihantar ke Hospital Queen Elizebeth (QHE) untuk menerima rawatan.

“Keterangan daripada empat rakan mangsa sudah diambil dan polis juga menjalanka­n siasatan bagi mengesan saksi bebas untuk membantu siasatan,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987 dan saksi kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan.

Mayat mangsa juga dihantar ke Jabatan Forensik HQE untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa.

 ??  ?? KEADAAN kenderaan dinaiki mangsa remuk selepas kemalangan di Lido, Kota Kinabalu.
KEADAAN kenderaan dinaiki mangsa remuk selepas kemalangan di Lido, Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia