Harian Metro

RM500,000 LESAP DI SEPANYOL

 Datuk Aliff Syukri kerugian RM500,000 ketika buat sesi live FB di kelas tarian

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman kerugian lebih RM500,000 selepas dirompak ketika menjalani penggambar­an video muzik lagu Abang Nak Tegur di Sepanyol, baru-baru ini.

Kecurian membabitka­n wang tunai RM19,000 (4,000 euro), tiga cincin berlian bernilai RM300,000, jam tangan Cartier RM120,000, beg sandang Solvatore Ferragamo RM3,000, telefon bimbit iPhone X, kredit kad dan kad pengenalan.

Syukri berkata, dia hanya mendedahka­n perkara itu di laman Instagram miliknya sebaik pulang ke tanah air Isnin lalu kerana enggan dituduh sengaja mencipta gimik atau mereka-reka cerita.

“Ini kejadian terburuk pertama menimpa saya ketika bercuti ke luar negara. Saya fikir berada di negara maju dan kaya bebas daripada jenayah.

“Namun ketika membuat laporan polis di sana, mereka memaklumka­n kejadian seumpana ini sering terjadi kepada pelancong asing.

“Saya sangat sedih kerana semua barang kesayangan lesap sekelip mata. Saya terus hilang mood hendak menjayakan penggambar­an video muzik,” katanya.

Kata Syukri, kejadian berlaku pada hari pertama sampai di sana ketika dia membuat sesi live di Facebook ketika berada di kelas tarian.

“Beg yang menyimpan semua barang peribadi saya ada di situ. Selepas selesai, saya dapati beg hilang.

“Mulanya saya menyangka penari yang ambil, tapi selepas meneliti semula rakaman live, ternyata ia diambil seorang lelaki,” katanya.

Syukri turut memuat naik wajah lelaki yang dikatakan sebagai suspek utama berdasarka­n rakaman video di live Facebook miliknya.

“Saya dimaklumka­n lelaki itu memang mengekori saya dari hotel. Saya pada mulanya menyangka dia penyambut tetamu di tempat itu.

“Saya dimaklumka­n oleh pelakon Fauzi Nawawi bahawa individu terbabit rakyat Malaysia,” katanya.

Syukri bakal membuat laporan di Balai Polis Damansara Damai, petang ini.

Ini kejadian terburuk pertama menimpa saya ketika bercuti ke luar negara

Aliff Syukri Kamarzaman

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia