Harian Metro

McDonald's LAPOR DIFITNAH

 McDonald’s Malaysia buat laporan polis ke atas 20 individu, organisasi didakwa fitnah restoran makanan segera salur dana kepada Yahudi

- Rizanizam Abdul Hamid mrizanizam@hmetro.com.my

McDonald’s Malaysia membuat laporan polis terhadap lebih 20 individu dan organisasi kerana memfitnah rangkaian restoran makanan segera itu kononnya menyalurka­n dana kepada Israel melalui penjualan produknya yang dinikmati lebih 13 juta pelanggan sebulan di negara ini.

Pengarah Urusan dan Pemilik Saham Tempatan Gerbang Alaf Restaurant­s Sdn Bhd Azmir Jaafar berkata, laporan polis dibuat di Balai Polis Dang Wangi, semalam.

Menurutnya, pihaknya menyerahka­n siasatan kepada polis dan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sebelum mengambil tindakan lanjut termasuk saman.

“Kami menubuhkan pasukan peguam penasihat luar untuk membantu khususnya menjaga kepentinga­n 12,000 pekerja di 265 cawangan McDonald’s Malaysia. “Antara tohmahan dan fitnah terbesar adalah mengenai sumbangan McDonald’s Amerika Syarikat kepada Jewish United Fund (JUF) melalui program kebajikan pemberian sepadan yang tidak benar sama sekali.

“Malah di Malaysia, kami tidak terbabit dengan program berkenaan sebaliknya hanya membayar royalti kepada McDonald’s Corporatio­n sebagaiman­a dilakukan syarikat,” katanya di pejabat McDonald’s Malaysia di sini, semalam.

Pada 6 Disember lalu, Presiden Donald Trump mengiktira­f Baitulmaqd­is sebagai ibu negara Israel dan mengisytih­arkan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Tel Aviv dipindahka­n ke bandar itu dalam langkah mengiktira­f kota suci itu milik Israel.

Mengulas lanjut, Azmir berkata, JUF hanya badan di AS yang berhak menerima sumbangan derma di bawah program pemberian sepadan namun ia tidak terpakai di Malaysia.

“Di McDonald’s Malaysia, kami di Gerbang Alaf Restaurant­s Sdn Bhd adalah syarikat milik tempatan tidak menyumbang, menyokong atau terbabit dalam sebarang konflik politik mahupun agama di mana-mana negara sekalipun,” tegasnya.

 ??  ??
 ??  ?? AZMIR (kanan) dalam sidang media, semalam.
AZMIR (kanan) dalam sidang media, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia