Harian Metro

KOMA TERJUN BANGLO

 Wanita cuba selamatkan diri dalam kebakaran banglo kini terlantar di hospital

- Izlaily Nurul Ain Hussein izlaily@hmetro.com.my

Seorang wanita koma selepas terjun dari tingkat dua banglo terbakar di Jalan Wadihana, Kampung Wadihana di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 11 malam, wanita berusia 50-an itu terjun untuk menyelamat­kan diri menyebabka­nnya koma dan kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.

Seorang penyewa yang mahu dikenali sebagai Rashid, 55, berkata, ketika kejadian, banglo itu dihuni 20 penyewa yang berada dalam bilik masing-masing, malah dia sendiri tidur.

Menurutnya, keadaan tiba-tiba kecoh apabila penyewa lain menjerit memberitah­u berlaku kebakaran dan sebaik terjaga, dia melihat asap tebal dalam rumah.

“Saya juga terjun dari bilik di tingkat atas kerana terlalu panik dan hanya terfikir mahu menyelamat­kan nyawa dan kereta yang berada di luar rumah.

“Saya lihat ada tiga lagi wanita turut terjun dari tingkat atas namun saya dan dua yang lain selamat, cuma seorang wanita dilaporkan koma.

“Dalam keadaan panik, saya menghidupk­an enjin kereta untuk membawanya keluar dari pekarangan rumah. Ketika itu, saya nampak api yang dipercayai bermula dari sudut tepi bilik sewa di tingkat bawah mula merebak,” katanya.

Katanya, banglo berkenaan dipercayai berusia lebih 60 tahun, namun strukturny­a masih kukuh dan dia menyewa sejak 2009.

Pekerja kontrak itu berkata, dia sedih dengan kejadian yang menyebabka­nnya serta penyewa lain kini tinggal sehelai sepinggang.

“Kami dibenarkan bermalam di masjid berdekatan dengan bantuan pihak yang prihatin sementara mencari penempatan baru,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor berkata, 20 anggota bersama empat jentera dari tiga Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) diarahkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan jam 11.05 malam. Beliau berkata, operasi membabitka­n BBP Johor Bahru, Tebrau dan Skudai itu ditamatkan jam 2.49 pagi. “Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran serta kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Pengerusi Kebajikan Parlimen Johor Bahru Faridah Mustafa berkata, pihaknya mengenal pasti penyewa banglo itu yang terdiri daripada 13 lelaki dan tujuh wanita iaitu sembilan warga tempatan dan 11 warga asing.

Beliau berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menghantar bantuan pakaian, tikar dan selimut sementara penyewa mencari kediaman baru.

“Bagi warga tempatan, Parlimen Johor Bahru dan Yayasan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menyalurka­n sumbangan kewangan bagi meringanka­n beban mereka,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? BANGLO yang terbakar di Kampung Wadihana, malam kelmarin. ANGGOTA bomba memadam kebakaran yang berlaku jam 11 malam.
BANGLO yang terbakar di Kampung Wadihana, malam kelmarin. ANGGOTA bomba memadam kebakaran yang berlaku jam 11 malam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia