Harian Metro

CANTAS PEMBELOT

 TPM turut minta JIM ketat kawalan elak kebocoran berulang

- Skuad Khas Harian Metro am@hmetro.com.my

> Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) sudah mengarahka­n kumpulan kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang disyaki terbabit dengan aktiviti penyeludup­an masuk migran Bangladesh di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) ditukar dengan kumpulan lain bagi mengelakka­n kejadian itu berulang, lapor Syah Rul Aswari Abdullah dan Ainul Durmahyant­y Durming

Timbalan Perdana Menteri sudah mengarahka­n kumpulan kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang disyaki terbabit dengan aktiviti penyeludup­an masuk migran Bangladesh di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) ditukar dengan kumpulan lain.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, siasatan mengenai kes terba- bit masih dijalankan dan pertukaran itu perlu bagi mengelakka­n kegiatan itu berterusan.

“Kita akan pastikan kumpulan (kakitangan JIM) yang disyaki terbabit (dengan aktiviti penyeludup­an migran) diganti dengan kumpulan lain,” katanya selepas menghadiri taklimat bersama Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dan Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) di Ibu Pejabat Batalion 17 Pasukan Gerakan Am, Lahad Datu di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa

Kita akan pastikan kumpulan (kakitangan JIM) yang disyaki terbabit (dengan aktiviti penyeludup­an migran) diganti dengan kumpulan lain”

Dr Ahmad Zahid

Aman; Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim; Komander ESSCOM Datuk Hazani Ghazali; Ketua Pengarah Majlis Keselamata­n Negara Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin; Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Ramli Din dan Ketua Pengarah RELA Zulkifli Abidin.

Ahmad Zahid juga memaklumka­n sudah mengarahka­n JIM mengetatka­n kawalan keselamata­n di semua pintu masuk negara.

“Saya sudah arahkan Ketua Pengarah Imigresen (Datuk Seri Mustafar Ali) untuk ketatkan kawalan di pintu masuk terutama KLIA,” katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri turut mengesahka­n JIM sudah menahan dua pegawai jabatan yang bertugas di KLIA bagi membantu siasatan kes penyeludup­an migran warga Bangladesh.

Bagaimanap­un, beliau menafikan individu itu adalah pegawai kanan JIM, tetapi menjelaska­n kedua-duanya bertugas di kaunter jabatan berkenaan di lapangan terbang itu.

Beliau berkata, siasatan juga masih diteruskan termasuk bagi mengenal pasti individu lain yang terbabit dalam kes berkenaan.

“Setakat ini, dua orang (pegawai JIM) yang ditahan,” katanya.

Laporan eksklusif Harian Metro (HM) sejak 7 Disember lalu mendedahka­n sindiket dikuasai warga Bangladesh memperoleh RM5.2 juta setahun hasil aktiviti menyeludup rakan senegara melalui KLIA.

Sindiket terbabit dikatakan mengenakan bayaran antara RM15,000 dan RM20,000 setiap seorang termasuk wang ‘pelincir’ kepada beberapa pihak berkuasa terutama anggota dan pegawai JIM serta pegawai Kedutaan Malaysia di Dhaka.

Op Pintas KLIA yang dilancarka­n Bahagian Anti Pemerdagan­gan dan Penyeludup­an Migran (ATIPSOM) D7C Bukit Aman selepas risikan selama hampir tujuh bulan dilakukan bersama Skuad Khas HM.

Hasilnya, 11 ahli sindiket berkenaan terdiri daripada empat ‘penerima’ dan tujuh penjaga ditahan bersama 33 warga Bangladesh yang berjaya lolos menerusi KLIA.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia