Harian Metro

Tibi bawaan warga asing berbahaya

-

Serdang: Lambakan warga asing yang masuk ke negara ini secara haram dan tanpa pemeriksaa­n kesihatan rapi mendedahka­n rakyat tempatan kepada lima penyakit berjangkit berbahaya yang membawa maut.

Presiden Persatuan Penyakit Berjangkit dan Kimoterapi Malaysia, Profesor Dr Zamberi Sekawi berkata, penyakit tibi (Tuberculos­is) atau batuk kering adalah penyakit yang sangat berbahaya dibawa warga asing.

“Saringan kesihatan yang dibuat ke atas warga asing menunjukka­n tiga peratus daripada mereka menghidap penyakit tibi. Ini yang masuk secara sah belum lagi secara haram.

“Tahun lalu saja, ada 25, 739 kes tibi dilaporkan dan 1,945 kematian berlaku dalam kalangan warga tempatan dan asing. Ini sangat merisaukan kerana ia lebih teruk daripada kes denggi kerana tibi ini senang merebak,” katanya ketika ditemubual Skuad Khas Harian Metro.

Dr Zamberi yang juga Pakar Mikrobiolo­gi Klinikal Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, penyakit kedua berbahaya adalah Hepatitis B yang mudah disebarkan melalui cecair badan dan darah.

“Sejak 1989, kerajaan memberi suntikan Hepatitis B kepada kanak-kanak tetapi mereka masih boleh dijangkiti dan pastinya mereka yang berusia 30 tahun ke atas sangat berisiko menghidap penyakit ini.

“Hepatitis B terbahagi kepada dua peringkat iaitu akut yang boleh sembuh dalam masa sebulan dan kronik pula boleh menyebabka­n kanser hati. Penyakit ini juga sangat merisaukan kerana kini, ramai warga negara ini yang positif menghidap Hepatitis B,” katanya.

Menurut Dr Zamberi, penyakit ketiga pula adalah malaria yang dibawa nyamuk dan dikesan menerusi pemeriksaa­n darah menggunaka­n mikroskop juga antara penyakit berjangkit yang dibawa warga asing.

“Kes terbaru malaria

dilaporkan berlaku di Sabah. Ia boleh menyebabka­n demam yang sangat tinggi, kerosakan otak, meracau, pengsan dan akhirnya membawa maut,” katanya.

Katanya, penyakit keempat pula adalah Filaria yang menular daripada pelbagai jenis nyamuk kemudian mengakibat­kan penyakit untut.

“Walaupun penyakit ini mengambil masa bertahun untuk kelihatan, ia sangat sukar untuk sembuh dan boleh mengakibat­kan risiko cacat kekal terutama pada pembesaran kaki, lengan dan beberapa anggota lain,” tambahnya.

Selain itu, penyakit kelima iaitu demam kepialu atau tifoid yang disebabkan bakteria Salmonella typhi yang mencemari makanan atau minuman juga penyakit berjangkit dibawa warga asing.

“Apabila pembawa bakteria ini tidak membasuh tangan dengan betul ketika keluar dari tandas, ia boleh berjangkit kepada orang lain terutama jika mereka bekerja dalam sektor penyediaan makanan. Warga asing disyaki menjadi penyebab kepada peningkata­n tifoid kerana kebanyakan mereka tidak mengambil vaksin,” katanya.

Dalam mengatasi masalah ini, Dr Zamberi mencadangk­an kerajaan mengambil tindakan sewajarnya dengan melakukan pemeriksaa­n kepada pendatang asing.

“Pencegahan juga perlu diambil dan dititikber­atkan terutama tibi yang tersebar menerusi udara. Pengambila­n vaksin Hepatitis B juga perlu terutama dewasa kerana kadar penyakit ini tinggi.

“Masyarakat kita juga jangan alpa terutama mereka yang mengambil pembantu rumah secara haram. Ini kerana, dengan mengambil pembantu rumah yang tidak punya saringan perubatan dan mereka pembawa Hepatitis B, kebarangka­lian penyakit ini boleh merebak dan dihidap anak-anak atau mereka sendiri adalah tinggi,” katanya.

Secara keseluruha­n, kemasukan warga asing ke negara ini perlu dipantau dan kita sendiri kena sentiasa menjaga kebersihan diri.

 ??  ??
 ??  ?? WARGA Bangladesh kini kedua teramai di Malaysia selepas rakyat Indonesia.
WARGA Bangladesh kini kedua teramai di Malaysia selepas rakyat Indonesia.
 ??  ?? DR Zamberi
DR Zamberi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia