Harian Metro

‘SEKAT RANTAIAN KESALAHAN’

- Mohd Rizal Abdullah Mond.rizal@hmetro.com.my

JIM siasat pelbagai sudut empat kakitangan terbabit penyeludup­an warga Bangladesh

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan melakukan siasatan dari pelbagai perspektif terhadap empat kakitangan­nya dipercayai terbabit dalam penyeludup­an warga Bangladesh ke Malaysia.

Ketua Pengarahny­a Datuk Seri Mustafar Ali berkata siasatan merangkumi pelbagai perspektif termasuk penyeludup­an migran.

Menurutnya, siasatan bukan hanya menumpukan kepada satu sudut sahaja, tetapi pelbagai sudut kerana ia membabitka­n kumpulan sindiket.

“Tindakan dilakukan bagi ‘memutuskan rantaian kesalahan’ sekiranya mereka terbabit dalam kegiatan ini,” katanya ketika ditemui di Depot Tahanan Imigresen Bekenu, semalam

Bagaimanap­un, beliau tidak mendedahka­n status terkini keempat-empat kakitangan berkenaan sama ada ‘direhatkan’ dari bertugas ataupun sebaliknya.

“Siasatan masih dijalankan terhadap semua kakitangan ini,” katanya.

Laporan eksklusif Harian Metro sejak 7 Disember lalu mendedahka­n sindiket dikuasai warga Bangladesh memperoleh RM5.2 juta setahun, hasil daripada aktiviti menyeludup rakan senegara melalui KLIA.

Sindiket terbabit dikatakan mengenakan bayaran RM15,000 hingga RM20,000 setiap seorang termasuk wang ‘pelincir’ kepada beberapa pihak berkuasa terutama anggota dan pegawai JIM serta pegawai Kedutaan Malaysia di Dhaka.

Op Pintas KLIA yang dilancarka­n oleh Bahagian Anti Pemerdagan­gan dan Penyeludup­an Migran (ATIPSOM) D7C Bukit Aman selepas risikan selama hampir tujuh bulan dilakukan bersama Skuad Khas HM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia