Harian Metro

MAUT DIHEMPAP ALMARI KASUT

- Fuad Hadinata Yaacob hadinata@hmetro.com.my

Wanita hamil 8 bulan meninggal bersama bayi dikandung

“Arwah mempunyai beberapa nama pilihan untuk anak keempat kami sebelum saya memilih Ummu Safiyah untuk bayi dalam kandungan isteri. Walaupun sedih dengan kehilangan dua insan tersayang serentak namun saya reda,” kata Izrisham Hussin, 36.

Izrisham suami kepada Norhaslin Harun, 35, suri rumah yang maut dihempap almari kasut di rumah mereka di Seksyen 23, dekat sini, malam kelmarin.

Norhaslin yang mengandung lapan bulan dijangka melahirkan bayi perempuan yang juga anak keempat pada 20 Januari ini.

Dalam kejadian jam 7 malam itu, Norhaslin meninggal dunia di rumahnya akibat parah di beberapa bahagian badan dan kepala.

Izrisham berkata, beberapa hari lalu arwah isterinya ada memaklumka­n almari kasut yang dipasang di luar rumah mereka sejak dua tahun lalu itu dimakan anai-anai dan renggang dari kedudukan asal.

“Ketika kejadian saya menguruska­n anak-anak untuk mandi manakala isteri keluar menutup pagar utama rumah.

“Saya yang ketika itu berada di ruang tamu terdengar bunyi kuat sebelum bergegas keluar dan menemui isteri di bawah almari kasut itu dalam keadaan berlumuran darah.

“Saya percaya isteri cuba membetulka­n almari kasut itu kerana ia sudah renggang, bagaimanap­un rak berukuran 2.4 meter tinggi dan 1.2 meter lebar yang digantung pada dinding tercabut dan menghempap arwah,” katanya ditemui di rumahnya semalam.

Izrisham berkata, dia segera menghubung­i hospital, bagaimanap­un isterinya disahkan meninggal dunia di rumah akibat pendarahan teruk.

“Isteri saya dibawa ke hospital dengan ambulans untuk menyelamat­kan kandungan namun bayi perempuan yang dikandung juga gagal diselamatk­an,” katanya yang bertugas di sebuah jabatan kerajaan di Klang.

Pasangan itu mempunyai tiga anak iaitu Nurhani Qistina, 10, Aqil Iman, 8, dan Dhiya Azzhara, empat tahun.

Arwah yang berasal dari FELDA Palong 5, Negeri Sembilan selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, jam 11 pagi, semalam.

Sementara itu, adik arwah, Nor Nadiah Harun, 31, berkata, kali terakhir mereka berbalas WhatApps pada Khamis lalu.

Katanya, arwah memberitah­u dia gembira kerana anak sulung dan kedua selesai mengikuti program pengurusan jenazah yang diadakan di Shah Alam.

“Arwah sangat baik, bukan saja suka membantu orang lain tetapi juga mengambil berat mengenai kami.

“Arwah selalu mengingatk­an kami dan berdoa supaya kami menjadi insan terbaik,” katanya yang menetap di Alam Impian dekat sini.

Menurutnya, arwah yang juga anak kedua daripada empat beradik sangat menitikber­atkan hal agama bukan saja kepada anak-anak tetapi juga ahli keluarga lain.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, pihaknya menerima laporan kejadian jam 7.35 petang selepas mangsa dihantar ke Hospital Shah Alam.

Shafien berkata, siasatan mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut (SDR).

 ??  ?? IZRISHAM menunjukka­n lokasi kejadian arwah isterinya, Norhaslin yang sarat mengandung lapan bulan maut dihempap almari kasut di rumah mereka di Seksyen 23, malam kelmarin. GAMBAR kenangan Izrisham bersama isterinya, Norhaslin dan anak mereka.
IZRISHAM menunjukka­n lokasi kejadian arwah isterinya, Norhaslin yang sarat mengandung lapan bulan maut dihempap almari kasut di rumah mereka di Seksyen 23, malam kelmarin. GAMBAR kenangan Izrisham bersama isterinya, Norhaslin dan anak mereka.
 ??  ?? ALMARI kasut yang menghempap mangsa yang sarat mengandung lapan bulan di rumahnya di Seksyen 23.
ALMARI kasut yang menghempap mangsa yang sarat mengandung lapan bulan di rumahnya di Seksyen 23.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia