Harian Metro

AURA LEUNG HANG KHAO

- Ahmad Rabiul Zulkifli am@hmetro.com.my

Kuala Terengganu

Mengeluark­an kos RM50,000 hanya untuk membeli beberapa ayam. Bunyinya seakan-akan tidak masuk akal, namun itu jumlah dikeluarka­n Faiz Nor Halim, 28, untuk membeli pelbagai jenis ayam dan terbaru, baka Leung Hang Khao (LHK) atau lebih dikenali ayam ratu.

Lelaki berasal dari Mulong, Kota Bharu itu berkata, dia tidak kisah mengeluark­an belanja besar seperti itu kerana yakin mampu memperoleh pulangan berganda pada masa depan.

“Pembeli atau peminat ayam ratu sentiasa menantikan anak ayam yang diperoleh daripada induk menetas yang mampu dijual dengan harga RM500 hingga RM1,000 seekor.

“Tambahan pula jika anak ayam itu mempunyai ciri sempurna seperti induknya, semestinya boleh dijual dengan harga berpotensi lebih mahal berbanding ayam induk,” katanya.

Menurutnya, ayam LHK yang dibeli dari Ladang Ayam LHK Non Muangnon di Thailand kerap memenangi pertanding­an ayam ratu di Thailand.

“Saya lama mengimpika­n untuk membeli ayam LHK dan ia memang menjadi kegilaan ramai peminat kerana ciri-ciri lengkap yang dimiliki.

“Malah, pernah terjadi tak sampai sejam saya beli, seorang peminat ayam ratu telefon saya untuk membelinya dengan harga RM15,000,” katanya.

Katanya, dia terbabit dalam kegiatan menternak pelbagai baka ayam sejak lima tahun lalu. “Walaupun banyak duit simpanan digunakan untuk menjalanka­n kegiatan ini, namun hasil yang diterima sangat berbaloi.

“Setakat ini, lebih RM50,000 dibelanjak­an untuk membeli pelbagai jenis ayam dan terbaru ayam ratu LHK berharga RM10,000 seekor dari Thailand.

“Saya mula ternak ayam baka Thailand sebelum beralih kepada ayam LHK sejak setahun lalu selepas menyedari sambutan orang ramai terhadap jenis ini,” katanya.

Sementara itu, adiknya, Faris Nor Halim, 17, berkata, dia membantu abangnya menguruska­n ayam di reban kerana terlalu minat terhadap aktiviti penternaka­n ayam.

“Seronok apabila ayam

Lelaki ‘labur’ RM50,000 beli pelbagai jenis ayam ratu berkualiti tinggi dari Thailand

diternak mendapat sambutan hangat daripada pelanggan selain boleh menjual ayam berkualiti dengan harga mahal.

“Apabila ayam dibiakkan mengeluark­an hasil berkualiti dan menepati piawaian pertanding­an, pelanggan bersedia membelinya dengan harga mahal, sekali gus memberi keuntungan berganda buat kami,” katanya.

Menurutnya, sambutan luar dugaan diterima daripada pelanggan mendorong mereka bersungguh-sungguh menjalanka­n kegiatan penternaka­n ayam LHK.

 ??  ?? PESERTA merapikan ekor ayam miliknya sebelum masuk bertanding.
PESERTA merapikan ekor ayam miliknya sebelum masuk bertanding.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia