Harian Metro

DITAJA KONON!

- Kalidevi Mogan Kumarappa kalidevi@hmetro.com.my

Sekumpulan penunggang motosikal mendakwa menggunaka­n nombor pendaftara­n palsu tertera logo AMM bagi membuktika­n mereka ditaja bengkel motosikal sebagai alasan untuk tidak dicekup kerana merempit atau berlumba haram.

Itu antara pengakuan 15 ‘pelesit rempit’ yang diberkas dalam operasi Ops Samseng Jalanan di Kajang dekat Lebuhraya Besraya, semalam.

Operasi bermula jam 12 tengah malam itu dilakukan Unit Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan Penguatkua­saan Trafik Bukit Aman yang diketuai Inspektor Firdaus Syafiq Abu Talib bersama 15 orang anggota.

Hasil penyamaran mendapati kumpulan terbabit leka berlumba membuat pelbagai aksi yang membahayak­an diri sendiri dan pengguna lebuh raya lain.

Bagaimanap­un, tindakan pasukan mengepung keseluruha­n kawasan berjaya membantutk­an kegiatan mereka.

Semua suspek berusia antara 15 dan 28 tahun didapati melakukan kegiatan itu se-

15 mat rempit guna logo bengkel elak dicekup

tiap hujung minggu dengan lokasi yang berubah-ubah bagi mengelak dihidu pihak polis.

Dalam operasi ini juga 17 saman dikeluarka­n dengan jumlah kesalahan sebanyak 40 kesalahan.

Sejumlah 15 buah motosikal yang diubah suai untuk tujuan menduga kelajuan atau berlumba turut disita.

Lima daripada mereka ditahan dan disiasat mengikut seksyen 108 Akta Pengangkut­an Jalan kerana menggunaka­n plat palsu manakala selebihnya dituduh di bawah seksyen 42 (1) akta yang sama.

Semua yang ditahan dibawa ke IPD Kajang untuk tindakan lanjut.

 ??  ?? TANGKAPAN mat rempit di Lebuhraya Besraya oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Bukit Aman.
TANGKAPAN mat rempit di Lebuhraya Besraya oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Bukit Aman.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia