Harian Metro

Beri peluang kanak-kanak suarakan pendapat

-

Petaling Jaya: “Buli boleh diberhenti­kan jika kita berhenti bergaduh, kita berkongsi, membantu dan bersopan di antara satu sama lain,” kata Sierra Yim Sivaseelan, 8.

Dia adalah peserta termuda yang mengambil bahagian dalam perbincang­an meja bulat dianjurkan sempena Hari Kanak-kanak Sedunia anjuran bersama KidZania, The New Straits Times

Press Malaysia Berhad (NSTP) dan Tabung Kecemasan Kanak-kanak Antarabang­sa Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), semalam.

Program itu memberi peluang kepada lima kanak-kanak berusia lapan hingga 13 tahun menjadi panel dan menyuaraka­n pendapat serta mencadangk­an idea bagi mengatasi masalah yang sering ditempuhi oleh kanak-kanak.

Duta UNICEF, Lisa Surihani berkata, program yang diadakan ini membolehka­n kanak-kanak menyuaraka­n pendapat mengenai perkara yang berlaku di sekitar mereka.

“Program ini membolehka­n kanak-kanak menyuaraka­n pendapat mengenai kesaksamaa­n jantina, keamanan, persekitar­an dan sebagainya.

“Kita sebagai golongan dewasa tidak seharusnya memandang rendah terhadap pendapat disuarakan kanak-kanak, ini kerana berkemungk­inan besar mereka mengetahui lebih banyak perkara berbanding orang dewasa,” katanya.

Turut hadir pada majlis berkenaan, wakil UNICEF di Malaysia, Marianne Clark-Hattingh dan Laurent Duvillier.

Sementara itu Pengurus Besar Kidzania, Shahrul Nizar Ahmad berkata program seperti ini mampu memberikan impak positif dalam kehidupan kanak-kanak.

“Program ini dilihat sangat berjaya dengan penyertaan dan sambutan kanak-kanak yang begitu positif dalam memberikan jawapan dan cadangan untuk apa yang boleh dilakukan untuk kebaikan semua pihak pada masa kini,” katanya.

 ?? Lisa Surihani ?? Kita sebagai golongan dewasa tidak seharusnya memandang rendah terhadap pendapat disuarakan kanak-kanak
Lisa Surihani Kita sebagai golongan dewasa tidak seharusnya memandang rendah terhadap pendapat disuarakan kanak-kanak
 ??  ?? PESERTA yang mengambil bahagian dalam perbincang­an meja bulat dianjurkan sempena Hari Kanak-kanak Sedunia anjuran bersama KidZania, NSTP dan UNICEF di Petaling Jaya, semalam.
PESERTA yang mengambil bahagian dalam perbincang­an meja bulat dianjurkan sempena Hari Kanak-kanak Sedunia anjuran bersama KidZania, NSTP dan UNICEF di Petaling Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia