Harian Metro

BERSEMADI SEBELAH ANAK

- Muhammad Apendy Issahak apendy@hmetro.com.my

Jenazah isteri Ketua Polis Negara selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Rapat Jaya

Jenazah isteri Ketua Polis Negara, Allahyarha­mah Puan Sri Azizah Hamdi, 58, selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Rapat Jaya di sini, semalam bersebelah­an kubur anak lelaki tunggalnya yang meninggal dunia pada 24 Januari 2007 ketika berusia 17 tahun.

Majlis pengebumia­n dihadiri 1,000 orang termasuk pengarah jabatan Polis Diraja Malaysia (PDRM), ketua polis negeri, pegawai kanan polis, ahli keluarga dan orang ramai.

Antara yang hadir adalah, Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad, Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT), Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Datuk Seri Abd Rahim Hanafi, Pengarah Cawangan Khas, Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff dan Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan serta ketua polis negeri lain.

Terdahulu jenazah tiba di kampung halaman Allahyarha­mah jam 1 pagi semalam selepas bertolak dari IPK Selangor jam 11 malam.

Talkin dibacakan Pegawai Turus JIPS Bukit Aman Asisten Komisioner Ghazali Daud dan bacaan tahlil dipimpin Ustaz Mohd Azmi Ismail dari JIPS IPK Perak.

Seluruh warga PDRM melahirkan rasa dukacita dan takziah kepada keluarga Ketua Polis Negara atas kehilangan isteri tercinta dan ucapan takziah itu dimuat naik di laman Facebook rasmi PDRM.

Sementara itu, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun ketika ditemui selepas selesai majlis pengebumia­n mengucapka­n terima kasih kepada semua pihak yang menguruska­n jenazah isterinya selain kepada mereka yang hadir.

Hasil perkongsia­n hidup Mohamad Fuzi dan arwah isterinya dikurniaka­n anak Nur Najwa, 29, Allahyarha­m Mohd Faiz, Nur Mahira, 25 dan Nur Syafiqah, 23.

 ??  ?? MOHAMAD Fuzi (lima kiri) mengaminka­n doa selepas jenazah isteri dikebumika­n. Gambar kecil, Azizah.
MOHAMAD Fuzi (lima kiri) mengaminka­n doa selepas jenazah isteri dikebumika­n. Gambar kecil, Azizah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia