Harian Metro

4 mat rempit sempat buat 6 pusingan sebelum ditahan

-

Alor Setar: Bukan saja berdepan risiko mati katak jika terbabit kemalangan kerana terbabit lumba haram, malah nombor pendaftara­n motosikal yang digunakan seorang lelaki didapati palsu dipercayai bagi melindungi kegiatanny­a.

Bagaimanap­un, taktik lelaki berusia 21 tahun dari Simpang Bukit Seni, Pendang itu gagal mengelak dia dan tiga rakannya ditahan polis selepas terbabit lumba haram dalam Op Samseng jalanan di Jalan Padang Garam, Kuala Kedah, jam 6.30 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, operasi itu dijalankan seorang pegawai dan tiga anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar serta dibantu enam anggota Sukarelawa­n Polis Diraja Malaysia bermula jam 4 petang hingga 10 malam.

Menurutnya, polis yang melakukan pemantauan samseng jalanan ternampak empat penunggang motosikal Yamaha LC 135 berlumba antara satu sama lain di tempat kejadian.

“Keempat-empat penunggang itu didapati berlumba sesama sendiri, menunggang secara bahaya dan melulu sebanyak enam pusingan sebelum dicam anggota polis.

“Selepas enam pusingan mereka berhenti di Muzium Kota Lama, Kuala Kedah sebelum dihampiri anggota polis yang menahan mereka,” katanya.

Mohd Rozi berkata, keempat-empat lelaki berusia 18 hingga 32 tahun itu dibawa ke IPD Kota Setar untuk tindakan lanjut.

“Polis turut menyita motosikal mereka. Hasil pemeriksaa­n sebuah daripada motosikal itu menggunaka­n nombor pendaftara­n palsu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 108 Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Beliau berkata, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 42 (1) APJ 1987 terhadap semua penunggang yang ditahan kerana kesalahan menunggang secara melulu dan membahayak­an diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.

“Keempat-empat yang ditahan itu direman selama empat hari mulai semalam bagi membantu siasatan.

“Polis menguat kuasakan undang-undang termasuk menahan mana-mana individu terbabit kegiatan lumba haram dan kesalahan trafik lain,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA polis memeriksa motosikal yang ditahan dalam Op Samseng Jalanan.
ANGGOTA polis memeriksa motosikal yang ditahan dalam Op Samseng Jalanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia