Harian Metro

CEMAS ENJIN BERASAP

- Nur Saliawati Salberi nursaliawa­ti@hmetro.com.my

Orang ramai bertungkus-lumus bantu keluar

mangsa kemalangan tiga kenderaan

Orang ramai melalui Jalan Hutan Simpan Sungai Udang, Masjid Tanah bertungkus-lumus membantu mengeluark­an pemandu wanita terperangk­ap di tempat duduk Proton Wira dipandunya yang terbabit kemalangan dengan tiga kenderaan, semalam.

Kemalangan pada jam 8 pagi itu membabitka­n dua Proton Wira masing-masing warna kelabu dan putih serta sebuah motosikal menyebabka­n dua pemandu, seorang penunggang selain tujuh penumpang cedera.

Menerusi video kemalangan berdurasi 28 saat yang tular di media sosial, penunggang motosikal dilihat berusaha mengeluark­an pemandu wanita terbabit dengan menendang pintu pada bahagian pemandu.

Manakala pengguna lain dilihat menenangka­n pemandu wanita terbabit namun mencemaska­n berikutan bahagian enjin kereta itu kelihatan mengeluark­an asap.

Difahamkan wanita itu dikeluarka­n bomba dengan bantuan orang awam sebelum dia dan semua mangsa dikejarkan ke Hospital Melaka untuk diberi rawatan.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superinten­dan A Asmadi Abd Aziz berkata, akibat kemalangan pemandu Proton Wira warna putih iaitu lelaki yang belum dipastikan identitiny­a cedera di muka.

Beliau berkata, pemandu sebuah lagi kenderaan model sama iaitu wanita berusia 33 tahun pula cedera di kaki dipercayai akibat tersepit.

“Kemalangan dipercayai berlaku selepas Proton Wira dipandu lelaki dari arah Sungai Udang menghala ke Majid Tanah hilang kawalan lalu memasuki laluan bersebelah­an sebelum bertembung dengan kereta dipandu wanita datang dari arah bertentang­an.

“Motosikal dari arah Masjid Tanah tidak sempat mengelak lalu melanggar belakang Proton Wira dipandu wanita itu. Setakat ini semua mangsa dilaporkan stabil,” katanya.

Asmadi berkata, kemalangan berlaku di kawasan garisan berkembar dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

 ??  ?? KEADAAN dua kereta yang bertembung di Jalan Hutan Simpan Sungai Udang, Masjid Tanah.
KEADAAN dua kereta yang bertembung di Jalan Hutan Simpan Sungai Udang, Masjid Tanah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia