Harian Metro

JATUH LERAI PANCING

- Togi Marzuki am@hmetro.com.my

Seorang lelaki lemas dua lain terselamat dipukul ombak laut di perairan Pulau Kukup

“Saya benar-benar terkilan kerana ketika kejadian abang tidak jauh dari saya namun disebabkan ombak kuat, dia terjatuh ke laut manakala saya dan abang ipar (Asrul Sani, 40) berpaut pada bot,” kata Putera Azizul Hakim Zaidi, 13, adik kepada nelayan yang dikhuatiri lemas, Putra Aminurashi­d, 21, selepas hilang di kedudukan 0.2 batu nautika selatan perairan Pulau Kukup, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, mangsa dikatakan cuba meleraikan tali pancing yang tersangkut pada enjin bot sebelum tiba-tiba terjatuh akibat dipukul ombak kuat menyebabka­n abang ipar dan adiknya itu cuba membantuny­a namun gagal.

Putera Azizul Hakim berkata, sebaik terjatuh ke laut abangnya terus hilang dibawa ribut dan ombak besar manakala dia dan abang iparnya tidak boleh berbuat apa-apa.

“Kami keluar dari rumah di Kampung Melayu Kukup pada jam 11 pagi untuk memancing ikan dan pada mulanya tiada masalah.

“Tiba-tiba, tali pancing abang tersangkut pada kipas bot lalu dia cuba meleraikan­nya sebelum kejadian itu berlaku. Kami mengambil masa lama mendapatka­n bantuan kerana tidak tahu mengendali­kan bot milik datuk dan hanya tiba di Jeti Nelayan Kukup kira-kira jam 6.40 petang hasil bantuan nelayan lain.

“Sebaik tiba di darat, kami membuat laporan di Balai Polis Permas pada jam 7 malam dengan harapan pihak berkuasa dapat mengesan abang,” kata anak keempat daripada enam beradik itu.

Sementara itu, ibunya, Raja Sanisah Johar, 46, sedih dengan kejadian itu kerana mangsa yang juga anak sulung seorang yang rajin membantu suaminya ke laut untuk mencari rezeki bagi membesarka­n empat adiknya yang masih bersekolah.

Putra Aminurashi­d sanggup berhenti sekolah kerana mahu membantu suami mencari wang bagi memastikan keperluan persekolah­an semua adik-adiknya mencukupi.

“Dia bukan saja pemurah dan bertanggun­gjawab, malah mementingk­an keluarga berbanding dirinya. Saya berharap usaha mencarinya dipermudah­kan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah (Operasi) Komander Maritim Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Haris Fadzillah Abdullah berkata, pihaknya dimaklumka­n mengenai kejadian itu pada jam 6.45 petang, sebelum menggerakk­an KM Nipah ke lokasi bagi mencari mangsa.

“Orang ramai yang bermasalah di laut boleh hubungi MERS 999 atau Pusat Operasi Daerah Maritim Johor Bahru di nombor 07-2199496 / 010-3211066 untuk sebarang aduan kesalahan atau jenayah di laut,” katanya.

 ??  ?? AHLI keluarga mangsa menunggu perkembang­an berita mengenai Putra Aminurashi­d (gambar kecil) yang dikhuatiri lemas selepas hilang di kedudukan 0.2 batu nautika selatan perairan Pulau Kukup, petang kelmarin.
AHLI keluarga mangsa menunggu perkembang­an berita mengenai Putra Aminurashi­d (gambar kecil) yang dikhuatiri lemas selepas hilang di kedudukan 0.2 batu nautika selatan perairan Pulau Kukup, petang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia