Harian Metro

BEKERJA DI BANK AMAL RIBA

-

Apakah hukumnya bekerja di bank yang mengamalka­n riba meskipun pekerja berkenaan tidak bertugas di bahagian yang mengamalka­n riba berkenaan?

Marlia, Kuala Lumpur

sangat tegas melarang pembabitan seseorang dengan riba. Ayat al-Quran dan hadis menegur dengan keras, jelas dan terang.

Firman Allah SWT bermaksud: “Wahai orang yang beriman, bertakwala­h kepada Allah dan tinggalkan­lah sisa-sisa riba (yang belum dipungut) andai kamu orang-orang yang beriman. Maka kamu tidak mengerjaka­n (meninggalk­an sisa riba) maka ketahuilah bahawa Allah dan Rasul-Nya memerangim­u...” (Surah alBaqarah: 278-279)

Ibnu Mas’ud pernah meriwayatk­an bahawa: “Rasulullah melaknat pemakan riba, yang memberi makan dengan hasil riba dan dua orang yang menjadi saksinya dan penulisnya.” (HR Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah dan Al-Tarmizi).

Rasulullah juga bersabda bermaksud: “Apabila zina dan riba bermaharaj­alela di satu negeri bererti mereka menyediaka­n diri untuk diseksa oleh Allah.” (HR Al-Hakim)

Sebagaiman­a dimaklumka­n tidak semua urusan di bank itu diharamkan kerana ada juga urusan yang dihalalkan malah ia menjadi keperluan masyarakat yang mendesak atau darurat.

Mereka boleh bekerja untuk menguruska­n yang diharuskan serta mengasingk­an, seterusnya mengubah sistem riba kepada patuh syariah. Sekiranya dibiarkan riba berleluasa sudah pasti ia akan merosakkan masyarakat.

Oleh itu, keberadaan seseorang Muslim yang bertakwa dengan berhatihat­i mengambil ganjaran sesuai dengan pekerjaann­ya sahaja akan membawa perubahan pengurusan bank kepada Islam.

Jika sebaliknya, maka hendaklah dijauhkan. Wallahuakl­am.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia