Harian Metro

ELAK FITNAH AKHIR ZAMAN

-

Dari Aisyah ra Rasulullah SAW bersabda; “Tidak akan tiba hari kiamat hingga anak menjadi sumber kemarahan (bagi ibu bapanya) dan hujan akan menjadi panas (hujan akan berkurang dan cuaca akan menjadi panas) dan akan bertambah banyak orang tercela dan akan berkurang orang yang baik serta anak-anak menjadi berani melawan orang tua dan orang yang jahat berani melawan orang-orang baik.”

(HR. Thabrani)

Melihat keadaan masa kini, orang yang baik semakin berkuranga­n sedangkan orang jahat bertambah banyak. Susah untuk kita pastikan yang mana betul-betul baik dan betul-betul jahat.

Ya, mungkin betul kita sudah berada di akhir zaman. Tidak dapat membezakan mana yang betul dan mana yang salah. Itulah yang paling saya takutkan.

“Kelak akan terjadi banyak fitnah. Pada zaman itu, banyak yang duduk lebih baik daripada orang yang berdiri, dan orang yang berdiri lebih baik daripada orang yang berjalan, serta orang yang berjalan lebih baik dari pada orang yang berlari.” (HR. Bukhari dan Muslim).

Ini yang paling kita takutkan zaman yang penuh dengan fitnah. Kadangkala kita rasa sudah menjalanka­n tanggungja­wab dengan betul.

Saya sangat takut, apabila orang mengatakan saya menggunaka­n agama untuk kepentinga­n diri sendiri. Tandatanda akhir zaman salah satunya mengagungk­an orang tidak betul seperti artis melebihi ulama.

Saya selalu terpukul dengan kata-kata itu. Tiada yang istimewa bergelar artis, tapi kalau kita sebagai artis menyalurka­n pengaruh ke jalan yang betul insya-Allah, katakata yang tidak sedap didengar akan hilang.

Kita tidak dapat lari daripada fitnah, sedangkan alim ulama juga difitnah, para pemimpin juga diuji dengan pelbagai fitnah dunia. Kita perlu faham fitnah bermaksud ujian. Jika kita lalui fitnah dunia ini dengan baik, ia membantu kita menjalani hidup dengan lebih baik.

Hati perlu dijaga, biarlah ribuan fitnah kita lalui, kita tetapkan niat untuk terus lakukan perkara yang betul tanpa cepat melatah dan putus asa.

Dari Abu Hurairah ra Rasulullah bersabda;

“Bersegeral­ah kamu beramal sebelum menemui fitnah (ujian berat terhadap iman) seumpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang masih beriman ketika pagi, kemudian pada petang dia sudah menjadi kafir, atau (Syak Perawi Hadis) seseorang yang masih beriman ketika petang, kemudian pada esok harinya, dia sudah menjadi kafir. Ia sudah menjual agamanya dengan sedikit dari harta benda dunia.” (HR Muslim)

Saya berdoa supaya tidak menjadi seperti yang dimaksudka­n dalam hadis ini. Tanda-tanda akhir zaman semakin jelas, tapi kita masih sambil lewa dalam mencari reda dan rahmat Allah.

Kita masih mencari reda manusia yang tidak kesudahan. Hidup di dunia hanyalah tempat membuat bekalan di akhirat. Kita seakan lupa seperti dunia tempat kekal abadi.

Itulah diri kita, hamba Allah yang sering lupa cermin diri. Selalu bangga dengan diri sendiri yang sebenarnya hanya pinjaman dan tipu daya dunia semata-mata. Mengejar bayangan yang akan pergi begitu sahaja.

Berhati-hati dalam mencari nafkah kehidupan supaya kita terhindar daripada sumber yang tidak diredai Allah dan daripada harta yang haram.

Jangan melakukan kezaliman terhadap hak milik orang lain kerana tubuh yang tumbuh daripada makanan yang haram akan dibakar api neraka.

Hendaklah kita berusaha membersihk­an hati daripada sifat mazmumah dan sentiasa bermujahad­ah untuk menghilang­kan sifat tercela seperti cinta kepada dunia serta ‘takut mati’ yang menjadi sebab segala kelemahan kita sebagai Muslim.

Untuk tujuan ini, kita hendaklah mempelajar­i dan mendalami ilmu akhlak serta menggunaka­nnya dalam kehidupan seharian. Semua ini adalah nasihat untuk diri saya sendiri yang kerap lupa.

 ??  ?? ANTARA tanda akhir zaman bila mengagungk­an artis melebihi ulama.
ANTARA tanda akhir zaman bila mengagungk­an artis melebihi ulama.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia