Harian Metro

MANFAAT KITAR SEMULA TEKSTIL

-

Amerika Syarikat, manakala di China saja melebihi 20 juta tan.

Tahukah anda, proses penguraian tekstil berlaku secara semula jadi membebaska­n metana iaitu gas rumah hijau yang berbahaya dan penyumbang utama pemanasan global.

Malah, ada bahan pewarna dan bahan kimia dalam tekstil serta komponen lain pakaian atau kasut yang boleh meresap ke dalam tanah sekali gus mencemarka­n tanah dan saliran air.

Ini kerana, kebanyakan tekstil diperbuat daripada bahan sintetik iaitu fabrik dihasilkan daripada serat tiruan campuran petrokimia. Tekstil petrokimia seperti nilon, poliester, akrilik dan spandex, manakala serat tiruan lain seperti rayon (viscose) dihasilkan daripada pulpa kayu. Fabrik diperbuat daripada bahan sintetik itu, seperti beg plastik, mengambil masa beratus-ratus tahun untuk terurai.

Oleh itu, mengitar semula pakaian dan tekstil adalah cara paling bermanfaat mengelakka­n pencemaran serta pengeluara­n intensif tenaga pakaian baru. Selain itu, pakaian yang tidak boleh diguna boleh diolah semula menjadi aksesori fabrik lain.

Australia antara negara terawal mengitar semula pakaian lama sama ada untuk dijual ke negara lain sebagai pakaian terpakai atau menukarnya kepada bahan bakar pepejal.

Ia bagi digunakan semula dan biasanya untuk penjana serta dandang perindustr­ian menggunaka­n teknologi tersendiri.

Di negara kita, Life Line Clothing Malaysia adalah syarikat kitar semula tekstil yang mengumpul pakaian lama tidak diguna lagi termasuk kasut, beg tangan, tali pinggang dan mainan lembut diperoleh daripada sumbangan orang ramai sejak 2013.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Dale

Warren berkata, pihaknya mengalu-galukan apa jua jenis pakaian dan kain lama tanpa mengira jenama untuk dikitar semula.

Usaha dilakukan itu bagi meningkatk­an kesedaran orang ramai terhadap kepentinga­n mengitar semula pakaian

 ??  ?? PAKAIAN lama diasingkan mengikut kategori sebelum
dikitar semula.
PAKAIAN lama diasingkan mengikut kategori sebelum dikitar semula.
 ??  ?? PROSES pengasinga­n dilakukan pekerja supaya pemilihan lebih teliti.
PROSES pengasinga­n dilakukan pekerja supaya pemilihan lebih teliti.
 ??  ?? WARREN
WARREN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia