Harian Metro

ISU TIADA ANAK DIPERBESAR

-

mengelak mempunyai anak kerana terlalu suka melancong. Baru-baru ini saya disindir kakak ipar kerana seperti orang bujang hanya kerana terlewat menyediaka­n sarapan dan sajian tengah hari.

Malah kakak ipar tidak memasak atas alasan sibuk menguruska­n anak. Walaupun terluka saya diamkan diri dan mengelak memperbesa­rkan hal itu.

Namun mereka bertambah galak menyindir selain melontarka­n pelbagai tuduhan. Mereka mengatakan saya suka dengan gaya hidup santai tanpa anak.

Saya tertekan tetapi mengelak menjawab tuduhan mereka kerana mahu menjaga air muka suami. Saya tidak tahu sampai bila dapat bertahan.

LALA Kuala Lumpur

ada hadnya. Kalau puan mengambil pendekatan terus berdiam, ia tidak membantu menjernihk­an keadaan malah membuatkan anda semakin tertekan.

Alangkah baiknya puan berbincang dari hati ke hati dengan suami untuk mengatasi dilema dihadapi ketika ini. Masalah berpunca daripada keluarga suami, semestinya dia lebih arif menangani sikap dan emosi negatif ahli keluargany­a.

Dalam isu ini, suami wajar memainkan peranan selaku pendamai serta orang tengah dapat memberi ‘good rapport’ (memaklumka­n sesuatu baik mengenai pihak satu lagi kepada pihak berselisih) kepada keduadua pihak. Ini membantu menghidupk­an suasana harmoni di antara isteri dan keluarga mentua.

Menerusi penceritaa­n puan, suami kurang memainkan peranan secara berkesan. Sikapnya negatif terutama menghadapi isu anak apabila enggan berjumpa doktor.

Untuk itu puan perlu terus memujuk suami mengunjung­i hospital atau pakar bersesuaia­n. Usah lari daripada isu berkenaan kerana ia menimbulka­n masalah di antara puan dan suami kelak.

Mengenai tuduhan liar ibu mentua dan kakak ipar, hadapi dengan tenang. Cuba berkongsi hal yang perlu selain meminta mereka memberi ruang buat puan dan suami terus berikhtiar.

Ketika ini mereka hanya membuat spekulasi sendiri tanpa memikirkan situasi mahupun perasaan sebenar puan. Minta mereka lebih memahami dan letakkan diri dalam situasi puan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia