Harian Metro

Risau dituduh subahat buat maksiat

-

tinggal di rumah sewa bersama tiga rakan sebaya dan kami berkawan sejak zaman sekolah sampailah sekarang. Disebabkan terlalu lama berkawan kami tidak kesah menunjukka­n sikap buruk masing-masing.

Ada perkara boleh diterima dan ada sebahagian membuatkan kami kurang selesa. Antara kenalan saya itu, sikap si A paling sukar saya tangani.

Dia lelaki gemar berfoyafoy­a hingga membawa perempuan pulang ke rumah sewa kami. Meskipun semua penghuni lelaki dan jiran kami bukan Islam, saya tetap malu.

Saya pernah menegur tetapi hasilnya tetap begitu. Rakan yang lain tidak ambil peduli kerana itu bukan masalah mereka. Dua rakan lain menyifatka­n saya sudah melakukan perkara sepatutnya. Terpulang pada dia mendengar mahupun tidak.

Saya bimbang masalah lain timbul. Mungkin satu hari nanti ‘kantoi’ dengan pejabat agama, saya risau jika kami dilihat bersubahat.

APAN Kuala Lumpur

Allah dalam surah al-Asr ayat satu hingga tiga bermaksud, “Demi masa. Sesungguhn­ya manusia itu benar-benar dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjaka­n amal soleh dan saling berpesan mentaati kebenaran dan saling berpesan-pesan dengan kesabaran”.

Berpegang pada nas berkenaan membawa maksud menasihati ke arah kebaikan tanggungja­wab dan amalan yang perlu ada pada setiap Muslim.

Dalam isu ini apabila sudah jelas, kenalan atau rakan serumah membawa pulang kenalan wanita bukan mahram baginya. Biarpun teguran saudara itu tidak terkesan, jangan pula saudara berputus asa.

Sebagai rakan baik sudah semestinya menegur rakan melakukan maksiat menjadi tanggungja­wab yang perlu dipikul. Diakui perkara itu bukan mudah apatah lagi dia kawan rapat.

Usaha lain saudara boleh lakukan ialah dengan meminta kenalan lain untuk turut sama menasihati agar dilihat ia bukan perkara ringan sebaliknya isu atau kesalahan berat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia