Harian Metro

NAJIB TERIMA ANUGERAH Melayu perlu kuasai tulisan jawi

-

 Pemimpin asing pertama dikurnia anugerah tertinggi Bahrain

Masyarakat negara ini khususnya bangsa Melayu perlu terus menguasai tulisan jawi supaya ia tidak hanya berada dalam kitab kuning di gerobok usang untuk pameran atau simpanan semata-mata.

Ketua Pengarah Perpustaka­an Negara Malaysia (PNM) Datuk Nafisah Ahmad berkata, tulisan Jawi adalah satu skrip penulisan yang indah, mudah dan perlu dikuasai semua sebagai legasi budaya dan warisan masyarakat Malaysia, sekali gus melahirkan masyarakat celik jawi dan al-Quran.

Menurutnya, PNM juga mengambil lnisiatif bekerjasam­a dengan stesen Radio IKIM.fm dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menerbitka­n Rancangan Klinik Jawi sejak Jun 2012 untuk membangkit­kan semula semangat mempelajar­i dan menggunaka­n tulisan jawi dalam kehidupan seharian.

“Usaha ini diharap dapat mengubah persepsi masyarakat yang sering sangsi mengenai penyebaran tulisan jawi sebagai alat penyebaran agama Islam kepada seluruh masyarakat.

“Hal ini berlaku kerana kita kurang memberi pendedahan berkaitan tulisan jawi sebagai aksara yang digunakan orang Melayu sejak abad ke-17 yang ketika itu menjadi lingua franca dan pengantara penting dalam semua urusan pentadbira­n, adat istiadat, perdaganga­n dan urusan seharian masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan penutup Kem Klinik Jawi 2017 di Institut Kefahaman lslam Malaysia (IKIM), di sini, semalam.

Kem Klinik Jawi turut memberi pendedahan kepada 200 peserta berumur 17 tahun ke atas.

 ??  ?? NAJIB menerima anugerah King Hamad (Al Nahda) First Medal daripada Raja Hamad.
NAJIB menerima anugerah King Hamad (Al Nahda) First Medal daripada Raja Hamad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia