Harian Metro

KERA ‘MAKAN’ TUAN

- Mary Victoria Dass maryvictor­ia@hmetro.com.my

Peneroka parah di jari kedua-dua tangan digigit haiwan liar

“Seperti biasa saya dengan ikhlas memberi makan kepada sekumpulan kera yang kerap datang di belakang rumah namun tidak menyangka seekor daripadany­a menggigit jari hantu kedua-dua tangan hingga dimasukkan ke wad selama dua minggu,” kata peneroka FELDA Simpang Waha, Kota Tinggi, Abdul Hamid Wahab, 59, semalam.

Abdul Hamid berkata, akibat digigit kera dia bukan saja menerima 30 jahitan, malah patah tulang jari hantu sebelah kiri dan putus urat jari hantu kanan.

Menurutnya, kejadian berlaku jam 11 pagi, 2 Disember lalu di rumahnya di FELDA Simpang Waha ketika mahu memberi makan betik kepada sekumpulan kera di belakang rumahnya.

“Secara tiba-tiba seekor kera melompat dan menyerang saya lalu menggigit kedua-dua jari mungkin kerana mahu saya melepaskan betik kepadanya.

“Bagaimanap­un, apabila saya menjerit kesakitan, ia kembali memanjat pokok tanpa membawa buah. Ketika itu saya panik kerana tidak pernah diserang sebelum ini,” katanya ketika ditemui, semalam.

Menurutnya, keluargany­a yang terkejut dengan kejadian itu membawanya ke Hospital Kota Tinggi (HKT) untuk mendapatka­n rawatan kecemasan sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI) dan masih menerima rawatan di hospital berkenaan.

Katanya, hingga kini dia masih mengalami bisa di kedua-dua jari dan tangan dan sukar menggerakk­annya kerana terlalu sakit hingga sukar melakukan pelbagai aktiviti harian.

“Ia akan mengambil masa lama untuk pulih sepenuhnya kerana kecederaan hingga ke tulang selain putus urat dan perlu rehat lama bagi mengelak kecederaan bertambah serius,” katanya.

 ??  ?? LUKA pada tangan Abdul Hamid yang menerima rawatan di HSI.
LUKA pada tangan Abdul Hamid yang menerima rawatan di HSI.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia