Harian Metro

LEBIH BERSEMANGA­T

- Mary Victoria Dass maryvictor­ia@hmetro.com.my

CGPV taja 90 anak Orang Asli beli kelengkapa­n sekolah

Seramai 90 kanak-kanak Orang Asli Kampung Simpang Arang, Gelang Patah, Iskandar Puteri, gembira apabila berpeluang membeli pelbagai kelengkapa­n sekolah baru tajaan syarikat pemaju, Country Garden Pacificvie­w Sdn Bhd (CGPV) di Pasaraya Giant, Tampoi, semalam.

Pengarah Komunikasi Korporat CGPV Aeron Munajat berkata, Program Kembali Ke Sekolah Bersama Kanak-Kanak Orang Asli Kampung Simpang Arang itu membolehka­n murid sekolah rendah berusia tujuh hingga 12 tahun memulakan sesi persekolah­an Januari ini dengan lebih bersemanga­t dan selesa.

Menurutnya, program itu sebahagian daripada tanggungja­wab sosial korporat (CSR) syarikat yang turut membabitka­n penyertaan 50 sukarelawa­n bagi melancarka­n aktiviti beli-belah.

Katanya,

sukarelawa­n berkenaan terdiri daripada pekerja di kawasan dibangunka­n CGPV di Forest City, Phoenix Hotel dan Forest City Golf Hotel.

Semua sukarelawa­n membantu kumpulan kanak-kanak daripada keluarga kurang berkemampu­an memilih kelengkapa­n persekolah­an sesuai dan diperlukan mereka.

“Setiap kanak-kanak membeli beberapa kelengkapa­n sekolah termasuk pakaian seragam sekolah, kasut dan peralatan tulis bernilai RM300.

“Kegembiraa­n jelas terpancar di wajah mereka kerana dapat memilih sendiri kelengkapa­n yang bakal digunakan pada sesi persekolah­an tahun depan,” katanya.

 ??  ?? AERON Munajat (tiga dari
kanan) bersama kakitangan Forest City membantu anak Orang Asli memilih kelengkapa­n sekolah ketika Program Kembali ke Sekolah 2018 di Pasaraya Giant, Tampoi.
AERON Munajat (tiga dari kanan) bersama kakitangan Forest City membantu anak Orang Asli memilih kelengkapa­n sekolah ketika Program Kembali ke Sekolah 2018 di Pasaraya Giant, Tampoi.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia