Harian Metro

‘GEMBIRA DAPAT HADIAH’

- Garret Dawum am@hmetro.com.my

500 kanak-kanak hadapi masalah jantung, bakal jalani

pembedahan diceriakan

“Hadiah yang diberikan ini menjadi pembakar semangat kepada anak saya yang akan menjalani pembedahan jantung kali kedua Selasa ini,” kata suri rumah, Mazliana Abdul Manap, 35.

Anaknya, Nur Iman Aisyah Kamarul Helzi, tiga tahun antara 500 kanak-kanak kurang bernasib baik dan mempunyai masalah jantung kongenital seluruh negara menerima hadiah daripada Nu Skin Malaysia menerusi penganjura­n Parti Wish List di Institut Jantung Negara (IJN), semalam.

Menurut Mazliana, anak keduanya yang juga kembar itu mengalami injap sempit dan jantung berlubang sejak berusia lapan bulan akan menjalani pembedahan kedua untuk memperbaik­i keseluruha­n injap serta jantung selepas pembedahan pertama pada Ogos 2016.

“Permainan yang diterima ini adalah permintaan anak dan ini kali kedua anak saya membuat impian menerusi program yang dijalankan. Dia sangat gembira kerana mendapat hadiah.

“Sebagai ibu, saya bersyukur dan menghargai hadiah yang diberikan terutama ia sudah merealisas­ikan impian anak selain dapat menambah keseronoka­n serta menghilang­kan rasa takut anak untuk menjalani pembedahan,” katanya ketika ditemui selepas program itu.

Katanya, komitmen diberikan Nu Skin dan IJN terhadap kanak-kanak itu sangat besar nilainya kerana perkara itu sudah pasti akan memberi peluang kepada mereka yang mempunyai masalah jantung menyambut Krismas dan Tahun Baru dengan penuh kegembiraa­n.

Program kebajikan tahunan anjuran syarikat produk kecantikan itu dengan kerjasama IJN bertujuan membawa keceriaan kepada kanak-kanak yang dilahirkan dengan penyakit jantung sempena Krismas dan Tahun Baru.

Sementara itu, Pengurus Besar Nu Skin Malaysia dan Brunei, David Cheong berkata, inisiatif berkenaan bukan saja terhad kepada kanak-kanak kurang bernasib baik di Lembah Klang saja malah, merentasi Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kuching.

 ??  ??
 ??  ?? AKSI dari cerita sains fiksyen Star Wars menghiburk­an pesakit jantung kanak-kanak, semalam.
AKSI dari cerita sains fiksyen Star Wars menghiburk­an pesakit jantung kanak-kanak, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia