Harian Metro

KORBAN GEMPA

- AFP

Sekurang-kurangnya tiga maut dalam gempa 6.5 magnitud yang melanda Jawa, lewat Jumaat, kata pihak berkuasa semalam.

Gempa sedalam 91 kilometer di luar pekan Cipatujah, Jawa, itu melanda lewat Jumaat, kata Pusat Ukuran Geologi Amerika Syarikat (AS), dan dirasai di seluruh pulau termasuk di Jakarta, 300 kilometer dari pusat gempa.

Seorang lelaki berusia 62 tahun di Ciamis dan wanita berusia 80 tahun di Pekalongan terbunuh akibat tertimbus bangunan runtuh. Mangsa ketiga, wanita berusia 34 tahun dilaporkan mati ketika lari keluar dari rumahnya di Yogyakarta.

Jurucakap agensi bencana kebangsaan Sutopo Purwo Nugroho berkata, beberapa hospital di kawasan terbabit turut rosak menyebabka­n

 Bencana landa pulau Jawa lewat Jumaat ragut tiga nyawa

pesakit terpaksa dipindahka­n.

Menurutnya, sebuah hospital di Banyumas mengalami kerosakan siling selain dinding retak dan paip oksigen bocor memaksa 70 pesakit dipindahka­n ke pusat perlindung­an sementara.

Agensi bencana berkata sekurang-kurangnya 900 rumah rosak selain sekolah dan pejabat kerajaan di Jawa Barat dan Tengah turut mengalami kerosakan.

Penduduk Jakarta, Web Warouw, 50, berkata, dia berada di tingkat 18 sebuah bangunan di ibu negara itu ketika gempa melanda sejurus sebelum detik tengah malam.

“Tiba-tiba kami terasa gayat. Kami terus menyedari ia sebenarnya gempa lalu terus lari turun,” katanya.

Bantuan kini diedarkan kepada mangsa, manakala khemah didirikan untuk mereka yang kehilangan tempat tinggal.

Agensi bencana masih menilai kesan bencana itu dan menggesa orang ramai sentiasa peka serta berhat-hati.

 ??  ?? SEORANG lelaki melihat kerosakan pada rumahnya di Sumelap, Tasikmalay­a, Jawa Barat. - EPA
SEORANG lelaki melihat kerosakan pada rumahnya di Sumelap, Tasikmalay­a, Jawa Barat. - EPA
 ??  ?? PESAKIT dipindahka­n ke tempat letak kereta di luar hospital. - Antara
PESAKIT dipindahka­n ke tempat letak kereta di luar hospital. - Antara
 ??  ?? PEGAWAI memeriksa hospital yang rosak di Banyumas. - Antara
PEGAWAI memeriksa hospital yang rosak di Banyumas. - Antara

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia