Harian Metro

Amirul wira Perak

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Lumpur: Pemain bowling negara Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman mahu menamatkan tahun ini dengan noktah gemilang apabila menyasarka­n pencapaian terbaik di Piala Storm di Korea Selatan yang membuka tirainya semalam.

Atlet berusia 27 tahun itu kini menghuni ranking pertama Asia berdasarka­n senarai yang dikeluarka­n oleh Persekutua­n Bowling Wanita Asia (ABF), percaya apa saja boleh berlaku terutama ketika dia kini berada di prestasi terbaik.

“Satu tahun yang cukup luar biasa, bukan hanya untuk saya tetapi seluruh skuad bowling negara.

“Selama bertahun-tahun saya berjuang untuk memperbaik­i ranking dan kini saya adalah pemain nombor satu, satu perasaan yang begitu menakjubka­n.

“Semangat pasukan juga begitu baik dan kami akan mula berlatih menyesuaik­an diri dengan lorong hari ini (semalam). Kami harap semuanya akan berjalan lancar,” katanya yang turut membantu pasukan wanita negara meraih emas di Kejohanan Dunia di Las Vegas.

Antara pemain yang akan turut sama beraksi di Korea terdiri daripada pemain nombor dua Asia Sin Li Jane, Rafiq Ismail, Timmy Tan dan atlet berpengala­man negara, Shalin Zulkifli.

Sementara itu, pada saingan Kejohanan Bowling Pesta Pulau Pinang ke-45, wakil negara Syafiq Ridhwan menamatkan saingan di kedudukan kelima dan keputusan itu menyaksika­n dia terlepas peluang beraksi di pusingan akhir stepladder.

Selepas lapan permainan, Syafiq mengumpul 1,755 jatuhan pin dalam aksi yang dikuasai oleh pemain Indonesia Ryan Lalisang (1,849) diikuti Callum Borck (1,805) dan Sam Cooley (1,784) masing-masing dari Australia.

Ryan yang diletakkan sebagai pilihan utama, menewaskan Borck 183-210, 233-146 di pusingan akhir. Borck sebelum itu menewaskan Cooley dengan kelebihan satu jatuhan pin 201-200. Kuala Lumpur: Amirul Hanif Mamat muncul wira selepas membantu Perak meraih kejuaraan Kejohanan Hoki Lelaki Bawah 14 Tahun (B-14) TNB-1Mas dengan menumpaska­n Sabah 5-4 dalam penentuan penalti shoot-out di Stadium Hoki Nasional, semalam.

Selepas terikat 1-1 dalam aksi sebenar, penentuan juara terpaksa dilakukan melalui penalti shoot out dan Amirul tenang menyempurn­akan tugas selaku pemukul terakhir.

Menurut jurulatih Perak Azmi Yahya, apa yang mereka rancangkan sebelum perlawanan akhir berjaya membuahkan hasil walaupun status mereka bukan pasukan pilihan tahun ini.

“Bagaimanap­un, saya mula mendapat keyakinan tinggi untuk menumpaska­n Sabah hari ini terutama selepas pemain berjaya menjaringk­an gol penyamaan,” katanya sejurus perlawanan.

Jelasnya, barisan pemain juga menunjukka­n banyak peningkata­n sejak dari awal kejohanan sehinggala­h perlawanan akhir.

“Saya cukup kagum dengan semangat mereka dan kejayaan hari ini membolehka­n Perak melakar hatrik selepas menjuarai B-16 dan Piala Razak. Kami seperti meraih bonus berganda,” katanya.

Pada aksi akhir hari ini, Sabah terlebih dulu berada di depan pada minit ke-25 menerusi pukulan sudut penalti Daniel Hakim Yusaini.

Perak bagaimanap­un berjaya menyamakan kedudukan menerusi Yusuf Hakimi Shah Amad tiga minit kemudian juga menerusi pukulan sudut penalti.

Sementara itu dalam final wanita, Pulau Pinang muncul juara selepas mengalahka­n Kuala Lumpur 1-0 hasil jaringan Siti Nur Atika Shaikh Maznan menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-42.

 ??  ?? NOOR Rashid (empat dari kiri) menyampaik­an Piala Pusingan Ketua Polis Negara kepada pemenang.
NOOR Rashid (empat dari kiri) menyampaik­an Piala Pusingan Ketua Polis Negara kepada pemenang.
 ?? Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman ?? Selama bertahun-tahun saya berjuang untuk memperbaik­i ranking dan kini saya adalah pemain nombor satu, satu perasaan yang begitu menakjubka­n”
Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman Selama bertahun-tahun saya berjuang untuk memperbaik­i ranking dan kini saya adalah pemain nombor satu, satu perasaan yang begitu menakjubka­n”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia