Harian Metro

Waspada bintang baru dari Taiwan, Hong Kong

-

sebelum ini kita gusar dengan kebangkita­n pemain dari Jepun dan Thailand, sekarang kita harus berasa bertambah risau dengan kehadiran bintang meningkat naik dari Taiwan dan Hong Kong.

Dua negara itu hanyalah sekadar beberapa contoh negara yang dulunya bukanlah kuasa besar dalam arena badminton, tetapi sekarang sudah menunjukka­n belangnya di pentas antarabang­sa.

Jepun dan Thailand usah lagi diragui kemampuan mereka kerana jika beraksi dalam acara berpasukan, sememangny­a sekarang bukan mudah untuk kita menewaskan mereka.

Nah sekarang hadir pula pemain dari Taiwan dan Hong Kong yang mampu menewaskan barisan pemain negara. Kalau mengikut Malaysia yang dilabel antara kuasa besar badminton, barisan pemain negara tidak seharusnya tumbang di tangan mereka ini, namun sekarang segala-galanya tidak mustahil.

Ketika negara lain sedang meningkat naik dan mengejar kuasa besar badminton dunia, saya lihat barisan pemain kita tidak kira daripada acara perseorang­an atau beregu, semakin ke belakang dalam kedudukan ranking dunia.

Perkara sama juga yang menjadi kebimbanga­n Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria.

Katanya, berdasarka­n ranking dunia yang dikeluarka­n Persekutua­n Badminton Dunia (BWF), Malaysia dilihat agak ketinggala­n dalam semua acara dengan kebanyakan dengan bukan tradisi berjaya menempatka­n pemain mereka dalam kelompok 50 terbaik dunia.

Apa puncanya? Itu yang pasti sering menjadi persoalan di kalangan peminat badminton tempatan.

Bagi saya mudah. Barisan pemain negara tidak mempunyai asas yang kuat daripada sudut fizikal dan mental untuk bertahan lama beraksi di atas gelanggang.

Kalau mengambil kira skil dan sebagainya, memang pemain kita jauh lebih baik daripada pemain lain.

Namun kegagalan beraksi dalam tempoh yang lama nyata menyukarka­n barisan pemain negara yang rata-ratanya tewas kepada lawan mereka.

Sebab itulah sejak Datuk Misbun Sidek hadir ke BAM, beliau banyak memberi penekanan kepada aspek latihan keras untuk membina ketahanan fizikal di kalangan pemain.

Mungkin dalam tempoh dua atau tiga tahun ini kita tidak akan mendapat hasilnya, tetapi selepas tempoh itu saya yakin barisan pemain negara lebih bersedia apabila turun beraksi.

Sebenarnya ini adalah isu lapuk yang sering kali saya tekankan sebelum ini.

Tapi nampaknya ia tidak begitu memberi impak yang besar. Jangan terkejut sekiranya selepas ini ada lagi pemain daripada beberapa negara yang kurang kita kenali akan mencipta nama di pentas antarabang­sa.

Malaysia harus menjadi prestijnya selaku antara kuasa besar dunia dalam sukan badminton. Jadi berubahlah wahai pemain. Jumpa lagi.

 ??  ?? MISBUN (kanan) di Akademik Badminton Malaysia.
MISBUN (kanan) di Akademik Badminton Malaysia.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia