Harian Metro

JANJI TIDAK ABAI

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

 Khairy beri jaminan MSN rancang pelan untuk

selamatkan tiga sukan teras yang digugurkan

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memberi jaminan tiga sukan - angkat berat, sepak takraw dan taekwondo - yang digugurkan daripada sukan teras tidak akan diabaikan.

Justeru, beliau berkata satu pelan untuk menyelamat­kan ketiga-tiga sukan itu akan dirancang Majlis Sukan Negara (MSN) dan berharap pemimpin badan sukan terbabit memberi komitmen serta bersetuju untuk melaksanak­an pelan yang dirangka itu.

“Saya sudah minta MSN memikirkan cara terbaik untuk menyelamat­kan ketiga-tiga sukan berkenaan.

“Namun, saya ingin tegaskan pelan ini bukan bertujuan untuk mengambil alih pengurusan ketiga-tiga sukan terbabit, sebaliknya membantu mereka bangun semula, sekali gus membuktika­n kita tidak akan mengabaika­n mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksika­n saingan separuh akhir Piala Supermokh di Bukit Jalil, hari ini.

Selasa lalu, Khairy mengumumka­n ketiga-tiga sukan itu digugurkan daripada sukan teras selepas Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) dan MSN membuat semakan semula termasuk kajian mendalam terhadap prestasi ketiga-tiga sukan tersebut sejak 2007.

Selain prestasi yang semakin merosot, kegagalan atlet dalam ujian doping serta kemelut dalaman persatuan turut menjadi faktor ketiga-tiga sukan terbabit digugurkan.

Tindakan itu jelas mengejutka­n ketiga-tiga pemimpin badan sukan berkenaan, atlet dan ibu bapa yang tampil memberi pelbagai reaksi.

“Apa yang kita buat ini adalah untuk menghantar isyarat yang jelas. Tanpa isyarat seperti ini mereka tidak akan sedar dan sekarang baru hendak cakap semua perkara akan mereka lakukan.

“Jika saya tidak menggugurk­an sukan ini dari Sukan Malaysia (SUKMA), mereka tidak akan mendapat kecaman daripada ibu bapa atlet. Jadi, ini juga isyarat kepada ibu bapa dan orang biasa, bahawa mereka juga terkesan disebabkan pembanguna­n tidak terurus.

 ?? FOTO: SADDAM YUSOFF ?? KHAIRY bersalaman bersama pemain AMD Cougars U14 di Piala Supermokh di padang MSN Bukit Jalil.
FOTO: SADDAM YUSOFF KHAIRY bersalaman bersama pemain AMD Cougars U14 di Piala Supermokh di padang MSN Bukit Jalil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia