Harian Metro

TERUJA TUMBANG JUARA OLIMPIK

-

Tahun ini hanya tinggal dua minggu sebelum berakhir, saya melihat 2017 sebagai agak berjaya kerana matlamat utama adalah Sukan SEA pada Ogos lalu.

Mungkin masyarakat melihatnya sebagai saingan peringkat Asia Tenggara sekiranya tidak mengetahui dengan terperinci bagi acara yang saya sertainya.

Bagi saya, ia adalah perlawanan bertaraf dunia atau Olimpik kerana saya menentang pemenang emas Olimpik Rio acara 10m air pistol, Hoang Xuan Vinh dari Vietnam.

Saya berjaya mengatasi cabaran mental masa perlawanan terakhir, jadi saya memandang itu sebagai satu kejayaan besar bagi 2017.

Anda tidak boleh bayangkan perasaan apabila mampu menewaskan juara Olimpik di tanah air sendiri, ia sesuatu yang membanggak­an.

Saya percaya ia bakal menjadi motivasi dan pembakar semangat untuk menghadapi cabaran pada dua temasya besar tahun depan, Sukan Komanwel dan Asia.

Tahun 2018 amat penting bagi saya kerana ia bermulanya kelayakan ke Olimpik 2020 selepas berakhirny­a Sukan Asia di Indonesia pada Ogos.

Masih terlalu awal bercerita tentang sasaran namun sudah pasti saya mahu pamer prestasi terbaik bagi membantu kontinjen Malaysia.

Sebagai wakil tunggal sukan menembak dalam Program Podium, saya menaruh harapan mampu lebih cemerlang bagi membuktika­n potensi sukan menembak di Malaysia.

Dengan kepakaran sains

 Kejayaan tewaskan Xuan Vinh azimat Jonathan hadapi dua temasya tahun depan

sukan dari Program Podium, saya harap mereka dapat memberi input yang bermanfaat, supaya dapat mencapai prestasi yang maksimum dan melayakkan diri ke Olimpik 2020.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia