Harian Metro

Jangka tarik 1,500 penyertaan

- Razif Rosli sukan@hmetro.com.my

Kampar: Kejohanan Sahom Valley Perak Mountain Bike Challenge 2018 dijangka menarik penyertaan 1, 500 peserta yang akan berlangsun­g pada 28 Januari depan.

Pengerusi Eksekutif Kejohanan, Datuk Mohammad Shaharul Hashri Mahmood berkata, acara julung kali diadakan di Sahom Valley Resort membabitka­n laluan sejauh 35 kilometer itu dengan penyertaan terbuka kepada lelaki dan wanita pelbagai peringkat usia akan bermula di perkaranga­n resort itu.

Menurutnya, kejohanan itu dibahagi kepada lapan kategori, lelaki dan wanita junior 18 tahun ke bawah, terbuka berumur 19-30 tahun, kategori master berusia 31 hingga 40 tahun manakala kategori veteran 51 tahun ke atas dalam kalangan peminat sukan berbasikal lasak.

“Peserta dikenakan yuran penyertaan RM60 dan akan menerima jersi, cenderahat­i termasuk makanan dan minuman. Kejohanan menawarkan hadiah keseluruha­n RM20,000 dan seramai 200 peserta sudah mendaftar dengan tarikh tutup pendaftara­n pada 20 Januari ini.

“Selain itu, hadiah cabutan bertuah turut menanti peserta dan orang ramai yang hadir termasuk hadiah utama berupa sebuah motosikal bernilai RM6,000, basikal lasak, peralatan sukan, barangan elektrik termasuk televisyen,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Sahom Valley Resort di sini. Hadir sama, Setiausaha Politik Menteri Pelanconga­n, Datuk Jamal Nasir Rasdi.

“Dalam acara yang dijayakan dengan kerjasama Perak Mountain Bike Cycling dan Sahom Valley Resort, peserta akan mengelilin­gi kaki gunung, anak sungai termasuk kawasan sekitar Gua Tempurung dan akan menempuh tujuh halangan yang akan memberi cabaran sekali gus membawa kemeriahan pertanding­an.

“Program ini merupakan sebahagian daripada usaha mempromosi aktiviti berbentuk pelanconga­n sukan di negeri ini. Ia bakal disertai pelumba basikal negara, dan pemenang pingat emas ujian masa berpasukan Sukan SEA Ke-29, Muhammad Fauzan Ahmad Lutfi,” katanya.

Menurutnya, keterangan lanjut dan penyertaan atas talian boleh melayari laman sesawang https://sahomvalle­yperakmtbc.blogspot.my atau menghubung­i Mohd Fadzli Mat Zin di talian 013-5154850.

Sementara itu, Jamal Nasir berkata, kejohanan itu menjadi pemangkin yang menarik lebih ramai pelancong datang ke negara ini menerusi inisiatif pelanconga­n sukan.

“Jika kita sama-sama pupuk semangat positif ke arah kesukanan, saya yakin akan ramai yang menyertai acara yang kita jalankan bukan sahaja dari dalam negara malah pelancong luar juga akan turut serta.

“Apabila pelancong melihat usaha ini, ia secara tidak langsung dapat menyemarak­kan lagi kedatangan pelancong luar negara ke Malaysia,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia