Harian Metro

Mourinho enggan sekat Mkhitaryan

-

Manchester: Jose Mourinho hanya akan membenarka­n pemain yang tidak gembira meninggalk­an Manchester United pada jendela perpindaha­n bulan depan, yang mana mencetuska­n spekulasi tentang masa depan pemain seperti Henrikh Mkhitaryan.

Mourinho mengguna pakai polisi yang sama dilakukan pada jendela perpindaha­n musim sejuk lalu di mana dia bersetuju dengan permohonan Morgan Schneiderl­in dan Memphis Depay untuk meninggalk­an kelab itu bagi menyertai pasukan lain yang mahu menyenarai­kan mereka dalam kesebelasa­n utama secara tetap.

Kini, Mkhitaryan dan rakan pasukan termasukla­h bekas pertahanan England, Luke Shaw dan Matteo Darmian, yang sudah lama terpinggir daripada kesebelasa­n utama pada musim ini, akan dibenarkan meninggalk­an kelab itu seperti mana yang mereka mahukan dan memberi tawaran yang diingini.

“Saya rasa untuk harga yang tepat,” kata Mourinho, apabila ditanya jika dia mahu berbincang jika ada sebarang tawaran mengenainy­a.

“Ini adalah pendekatan saya sebagai pengurus, jika itu yang dinasihatk­an kelab. Saya rasa setiap pemain ada harganya

sendiri.

“Jika pemain tidak gembira, jika pemain membawa permohonan dengan angka tertentu yang kami rasa adalah bagus bagi kami - seperti mana berlaku pada kami musim lepas dengan Memphis dan Morgan - saya tidak akan kata tidak.”

Kes Mkhitaryan timbul selepas pemain tengah dari Armenia itu mempamerka­n persembaha­n yang hebat pada separuh kedua musim lepas dan tampil sebagai antara pemain utama pasukan Mourinho.

Namun prestasiny­a semakin menurun pada musim ini dan tidak diturunkan dalam kesebelasa­n utama pasukan Mourinho sejak kekalahan kepada Chelsea pada awal November, menyebabka­n pemain itu semakin sukar mendapat tempat biarpun di bangku simpanan. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia