Harian Metro

PEMINAT RAI BERIZZO

- Reuters

 Jurulatih Sevilla itu mendapat tepukan gemuruh

penyokong selepas kembali bersama pasukan

Jurulatih Sevilla, Eduardo Berizzo yang mengendali­kan perlawanan pertamanya sejak menjalani pembedahan merawat kanser prostat diraikan penuh meriah penyokong di Sanchez Pizjuan sebelum skuad kendaliann­ya seri 0-0 menentang Levante dalam aksi La Liga, awal pagi tadi.

Peminat melaungkan nama pengendali kelahiran Argentina itu sebelum perlawanan dan di sebalik keputusan tanpa jaringan, kedua-dua pasukan memperoleh beberapa peluang terbaik yang gagal disempurna­kan.

Kedua-dua pasukan berjaya menggegar gawang lawan masing-masing pada babak pertama yang memaksa penjaga gol Sevilla, Sergio Rico dan penjaga gawang Levante, Oier Olazabal sibuk sepanjang perlawanan.

Sevilla yang dijadual bertemu Manchester United di peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara menghuni tangga kelima La Liga selepas mengumpul 29 mata dari 15 perlawanan.

(gambar)

Mereka ketinggala­n 10 mata di belakang pendahulu, Barcelona manakala Levante di tangga ke-15 selepas mengumpul 17 mata.

Berita mengenai kanser Berizzo didedahkan selepas Sevilla mengikat Liverpool 3-3 dalam aksi menarik peringkat kumpulan

Liga Juara-Juara di laman sendiri pada 21 November lalu.

Beliau menjalani pembedahan tujuh hari kemudian.

Akhbar Sepanyol, Marca melaporkan

Berizzo dijangka tidak akan hadir bagi perlawanan menentang

Real Sociedad, minggu depan selepas dinasihatk­an untuk tidak melakukan perjalanan dengan kapal terbang sejurus pembedahan.

Pembantu Berizzo, Ernesto Marcucci dijangka akan mengendali­kan Sevilla bagi perlawanan berkenaan seperti yang dilakukann­ya bagi empat perlawanan sebelum ini apabila ketua jurulatihn­ya menjalani pemulihan daripada pembedahan.

 ??  ?? BERIZZO (tengah) dipeluk anak buahnya.
BERIZZO (tengah) dipeluk anak buahnya.
 ??  ?? OLAZABAL
OLAZABAL
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia