Harian Metro

Evan, Ilham mampu julang Selangor

- Devinder Singh devinder@nst.com.my Syafiq Aznan syafiq.aznan@bh.com.my

Selepas Pahang mencetuska­n kekecohan susulan keengganan mereka menyertai Piala AFC 2018, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) nampaknya masih menunggu untuk mengenakan hukuman Kuala Lumpur: Kehadiran dua pemain import baharu Selangor, Evan Dimas dan Ilham Udin Armaiyn dijangka dapat membantu mengembali­kan semula kegemilang­an skuad The Red Giants sebagai gergasi bola sepak negara.

Keyakinan itu dilontarka­n bekas pemain import pasukan itu, Andik Vermansyah yang mengakui dia tidak pernah sangsi dengan kemampuan dua pemain muda itu dan penyertaan mereka dilihat dapat memberi dimensi baharu kepada pasukan terbabit.

Malah, pemain yang terkenal dengan jolokan ‘Messi Indonesia’ itu menyifatka­n kelibat dua bintang muda Indonesia itu membuktika­n betapa republik itu tidak ketandusan pemain muda yang berbakat sehingga mampu menarik minat pasukan ternama di Asia Tenggara.

“Pemain dari Indonesia yang menyertai Selangor tidak pernah mengecewak­an apabila kita melihat pemain seperti Bambang Pamungkas dan Elie Aiboy yang mengecap banyak kejayaan bersama pasukan itu.

“Saya suka apabila melihat ramai pemain Indonesia menyertai Liga Malaysia (Liga M). Mungkin juga kerana berkat saya beraksi di sini.

“Apapun, ini membuktika­n betapa Indonesia berjaya melahirkan pemain muda yang begitu berbakat dan berjaya membuka mata pasukan di negara ini,” katanya.

Dua bekas pemain Bhayangkar­a FC itu sah menyertai skuad bimbingan P Maniam bulan lalu dan dijangka menyertai latihan bersama pasukan baru itu, 22 Disember ini.

Dalam masa sama, pemain kelahiran Jember itu menafikan dia iri hati dengan kemasukan dua pemain senegarany­a itu, apatah lagi selepas kontraknya ‘dikorbanka­n’ untuk membawa masuk kedua-dua pemain itu.

“Saya tidak pernah cemburu kerana saya profesiona­l. Malah saya mendoakan agar Dimas serta Ilham dapat mencipta lebih banyak kejayaan dan lebih menyerlah berbanding pemain import Indonesia yang pernah menyarung jersi Selangor sebelum ini,” katanya. Kuala Lumpur: Percubaan kali keenam pasukan ‘Street Shooter Bidayah’ membuahkan hasil selepas muncul juara Kejohanan Futsal Kelab Belia Muslim Malaysia (MMYC) Cabaran Piala Datuk Jawahar Ali yang berlangsun­g di KSL Centremart, semalam.

Pengurus pasukan, Ahmad Anuar Shah berkata, meskipun dikecewaka­n dalam lima edisi terdahulu, namun beliau gembira dengan semangat juang anak buahnya yang tetap mahu meneruskan cabaran pada edisi kali ini dan percaturan mereka tepat selepas unggul meraih gelaran juara dengan menundukka­n pasukan MMYC Junior 3-0 pada perlawanan akhir.

Malah, Ahmad Anuar sudah dapat merasakan ‘aura’ kemenangan berpihak pada pasukannya selepas meraih kemenangan besar 7-0 pada perlawanan pembukaan sebelum meneruskan kemaraan ke pentas final.

“Kemenangan besar itu membuatkan kita menjadi

 ??  ?? EVAN (kiri) dan Ilham ‘senjata’ baru Red Giants.
EVAN (kiri) dan Ilham ‘senjata’ baru Red Giants.
 ??  ?? AKSI pemain Street Shooter Bidayah FC (dua dari kanan) ketika menentang pasukan MMYC FC di KSL Center Mart, semalam.
AKSI pemain Street Shooter Bidayah FC (dua dari kanan) ketika menentang pasukan MMYC FC di KSL Center Mart, semalam.
 ?? FOTO: MOHAMAD SHAHRIL BADRI ??
FOTO: MOHAMAD SHAHRIL BADRI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia