Harian Metro

Vathanaka tak sabar sarung jersi Tok Gajah

- Asrol Awang sukan@hmetro.com.my

Kuantan: Penyerang Kemboja, Chan Vathanaka

mengakui sudah bersedia menyarung jersi Pahang bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.

Pemain kelahiran Kampot itu memilih skuad Tok Gajah itu berikutan reputasi besar dimiliki mereka dalam sukan bola sepak di negara ini.

(gambar)

“Apabila Pahang menawarkan kontrak untuk menjadi sebahagian daripada pemain dalam Tok Gajah, saya terus bersetuju untuk membantu meraih kejayaan.

“Saya gembira menyertai Pahang dan sebagai pemain yang sudah berpengala­man beraksi bersama Kemboja, saya akan melakukan yang terbaik buat skuad ini,” katanya.

Musim ini, Vathanaka yang menyarung jersi kelab Boeung Ket Angkor dari 2012 hingga 2017 sebelum dipinjamka­n ke kelab Jepun, Fujieda MYFC dan dengan pengalaman

selama lima tahun bersama kelab Kemboja, sudah pasti dimanfaatk­annya untuk meledak lebih banyak gol.

Menurutnya, pengalaman bersama kelab Jepun itu juga dianggap cukup berharga dan memberi lebih motivasi dalam kerjayanya sebagai pemain profesiona­l.

“Sebenarnya, saya mendapat dua tawaran dari sebuah kelab dalam Liga Thailand dan Liga Portugal tetapi memilih Pahang.

“Dengan pilihan ini saya harap ia bukan saja meningkatk­an kualiti permainan malah memberi lebih keyakinan dalam mencipta kejayaan seperti yang dipersemba­hkan di Kemboja,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia