Harian Metro

PILIHAN PANAS

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@nstp.com.my

 Pemain Brazil, Argentina jadi rebutan kelab Liga Super

Dua negara benua Amerika Selatan Brazil dan Argentina - menjadi pilihan popular beberapa pasukan Liga Super untuk mendapatka­n pemain import dalam usaha memperkuat pasukan masing-masing bagi saingan musim 2017.

Menerusi maklumat yang diperoleh daripada Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP), seramai 67 pemain import didaftarka­n dalam dua jendela perpindaha­n Liga Malaysia (Liga M) dengan setiap pasukan mengambil kesempatan untuk memenuhkan keempat-empat slot kuota import seperti yang dibenarkan musim ini.

Brazil menjadi destinasi popular pasukan Liga Super untuk mendapatka­n ‘awang import’ yang menyaksika­n 10 pemain (14.92 peratus) dari negara ‘Samba’ itu menjadi pilihan antaranya seperti Marcos Antonio (Johor Darul Ta’zim), Matheus Alves (Pahang), Thiago Junio (Perak) dan Thiago Augusto Fernandes (FELDA United).

Negara kedua yang menjadi pilihan kelab Liga Super adalah Argentina dengan tujuh pemain (10.44 peratus) yang membabitka­n perpindaha­n pemain seperti Gabriel Guerra (JDT), Yamil Romero (Pahang), Sergio Aguero (Melaka United) dan juga Lucas Espindola (PKNS FC).

Negara lain yang turut ‘mengekspor­t’ pemain mereka ke Malaysia adalah Liberia, Gambia dan Korea Selatan dengan masing-masing memiliki empat pemain (5.97 peratus) yang beraksi dalam kancah Liga Super musim ini.

Beberapa pemain terbabit bukanlah pemain yang asing antaranya Zah Rahan Krangar (Liberia/ PKNS FC), Mamadou Danso (Gambia/Kelantan) serta Heo Jae Won (Korea Selatan/Pahang).

Selain itu, pasukan Liga Super turut mendapatka­n tiga pemain import (4.47 peratus) masing dari Lubnan, Itali dan Australia yang menyaksika­n kelibat seperti Mohammed Ghaddar (Lubnan/JDT), Ugo Ukah (Itali/Selangor) dan Diogo Ferreira (Pulau Pinang) mewarnai kancah liga tempatan.

Pemain import dari Perancis, Montenegro, Croatia, Amerika Syarikat (AS), Palestin dan Uzbekistan turut tidak ketinggala­n menyertai saingan Liga Super dengan dua pemain (1.34 peratus) daripada setiap negara ‘mencari makan’ di liga elit Malaysia pada musim 2017.

 ??  ?? ANTONIO
ANTONIO
 ??  ?? ALVES
ALVES

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia