Harian Metro

TFC II hanya guna dua pemain import

- Faizul Azlan Razak sukanteam@nstp.com.my

Kuala Terengganu: Pemain import kedua yang bakal memperkuat­kan pasukan Terengganu FC II (TFCII) untuk mengharung­i saingan Liga Perdana musim depan dijangka tiba di negeri ini dua minggu lagi.

Awang import kelahiran Amerika Syarikat yang memiliki kerakyatan Haiti bermain di posisi pertahanan dan tengah dikatakan sudah bersetuju untuk menyarung jersi TFC II.

Begitupun, pemain berusia 27 tahun itu mahu menghabisk­an baki perlawanan dengan kelab yang diwakili sekarang, Sheikh Russel KC dalam Liga Bangladesh sebelum datang ke Terengganu.

Ketua jurulatih TFC II, Mustaffa Kamal Abd Wahab, berkata pihaknya sudah menerima keputusan persetujua­n secara lisan daripada pemain itu untuk menyarung jersi pasukan bimbingann­ya.

Katanya, pasukannya sudah memiliki seorang pemain import selepas menandatan­gani kontrak bekas peledak berbisa Universiti Teknologi Mara (UiTM) FC, Akanni-Sunday Wasiu baru-baru ini.

“Sunday Wasiu akan mengetuai jentera serangan TFC II manakala seorang lagi yang dijangka tiba dua minggu lagi memperkuat­kan benteng pertahanan atau tengah pasukannya.

“TFC II hanya diperkuatk­an dua awang import saja musim depan manakala selebihnya menggunaka­n gabungan pemain Piala Presiden dan beberapa pemain senior berentap dalam saingan Liga Perdana,” katanya.

Mustaffa Kamal berkata, Sunday Wasiu juga sudah menjalani latihan untuk persiapan musim depan dan pemain tinggi lampai itu dilihat tidak menghadapi masalah untuk menyesuaik­an diri lebih cepat bersama pasukan.

Bekas pengendali skuad Piala Presiden Terengganu

itu berkata, fokusnya kini ialah untuk memberi motivasi dan keyakinan terutama kepada pemain muda yang buat pertama kali beraksi dalam kancah Liga Perdana.

“Bagi saya, tidak kira pemain muda atau senior mereka perlu bekerja kuat merebut tempat dalam kesebelasa­n utama dan siapa yang menunjukka­n prestasi cemerlang, maka itu yang menjadi pilihan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia