Harian Metro

Cabaran baru karier Aprena

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Biarpun lahir dalam keluarga seni, ia bukan batu loncatan buat pelakon baru Aprena Manrose, 24.

Apatah lagi, Aprena adalah anak bongsu penyanyi dangdut Iwan Syahman bersama bekas isteri, pelakon dan penerbit drama Allahyarha­m Rosnah Mohd Noor.

Semakin rancak merencana karier seni, Aprena kini berpeluang tampil selaku teraju utama drama slot Akasia siaran TV3.

Berganding dengan pelakon Shukri Yahaya, mereka kini rancak menjalani penggambar­an drama Tiada Arah

Jodoh Kita arahan Eoon Shuhaini.

Pemilik nama sebenar Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman ini berkata, rezeki membintang­i drama untuk slot Akasia itu tidak pernah diduga.

“Saya sedar masih terlalu baru dalam bidang ini dan bermula pun dengan watak pembantu serta antagonis.

“Jadi, saya sama sekali tidak menduga secepat ini mendapat kepercayaa­n bawa watak heroin.

“Apapun, saya percaya rezeki ini diperoleh kerana restu suami, Mohd Afiq Hazman dan bapa saya,” katanya.

Aprena atau mesra disapa Baby berkata, sebelum ini bapanya kurang selesa apabila dia dan kakaknya, Oktovia Manrose, 26, menceburi bidang seni.

“Maklum sajalah, papa sudah berhijrah ke arah dakwah. Jadi, secara tidak langsung papa kurang selesa dengan minat kami. Begitupun, kini papa sudah boleh terima dan berlapang dada.

“Justeru, saya bersyukur perjalanan kerjaya lancar dan dapat peluang berlakon watak utama,” katanya.

Terdahulu, Aprena tampil cemerlang dalam drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin siaran

TV3 dan Duda Pujaan

Dara menerusi Astro.

Tidak ketinggala­n, dia juga melakonkan watak pembantu untuk drama Cinta 11 Syarat, Perempuan Paling Bahagia, Gerak Khas, Tundukkan Playboy Itu

Lebih biasa watak pembantu dan antagonis,

kini jadi heroin pula

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia