Harian Metro

Filem hebat 2018

-

Tidak lama lagi 2017 melabuhkan tirainya. Sepanjang tahun ini, senario industri filem tanah air juga ada pasang dan surutnya. Ada filem mendapat sambutan dan banyak juga yang gagal.

Antara yang mendapat sambutan hebat ialah Abang Long Fadil 2 dengan kutipan RM18.14 juta, Tombiruo: Penunggu Rimba (RM8 juta) dan J Revolusi (RM7.13 juta).

Untuk 2018, antara filem yang dinanti-nantikan ialah KL Special Force arahan Syafiq Yusof, Munafik 2 (Syamsul Yusof) dan Polis Evo 2 (Ghaz Abu Bakar).

Nampaknya dua filem terbitan Skop Production Sdn Bhd itu menanti giliran tayangan sekali gus menyaksika­n persaingan dua beradik, Syamsul dan Syafiq.

Buat masa ini rekod dua beradik ini sungguh sengit apabila Syamsul melalui Munafik di tangga teratas carta dengan kutipan (RM19 juta) diikuti adiknya dengan hanya jurang yang ‘kecil’ (RM18.14 juta).

Kali ini Syafiq bereksperi­men melalui filem aksi KL Special Force yang dihasilkan dengan bajet RM2.5 juta. Antara babak menarik ialah letupan kenderaan mewah seperti Nissan Skyline, BMW dan kereta ronda polis termasuk aksi tembakmene­mbak yang dijangka memberikan kepuasan kepada penonton yang mahu menyaksika­n filem aksi mengenai kepolisan.

Barisan pelakonnya seperti Datuk Rosyam Nor, Syamsul Yusof dan Fattah Amin mempromosi­kan babak menarik daripada filem itu menerusi laman Instgram masing-masing seperti fiq000s, iamrosyam, syamsulyus­offilm dan thehitmann­azri.

Munafik 2 pula adalah sekual filem yang ditayangka­n dua tahun lalu dan meraih kutipan RM19 juta. Pasti ramai

menantikan buah tangan terbaru Syamsul.

Polis Evo 2 yang kini dalam pembikinan adalah sekuel filem yang juga pernah ditayangka­n pada 2015 dan mencatat kutipan RM18 juta. Ia juga karya yang ditunggutu­nggu untuk melihat aksi Shaheizy Sam dan Zizan Razak.

Kehebatan sekuelnya mula diperkatak­an apabila dua pelakonnya, Zizan dan Riz Amin cedera ketika menjalani penggambar­an. Kini penggambar­an Polis Evo 2 berehat seketika dan dijadual bersambung Februari nanti khusus untuk babak aksi.

Pastinya kali ini Ghaz mahu memastikan sekuelnya lebih hebat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia