Harian Metro

Janna tak goyah

-

kutuk dan kecam tetapi saya tidak ambil pusing. Buat apa serabutkan fikiran dengan perkara negatif seperti itu. Setakat ini, saya tidak terbeban pun dengan mana-mana kontrovers­i,” katanya.

Bagi Janna, hidup akan jadi mudah andai diri sendiri memudahkan­nya. Dia juga tidak malu memohon maaf sekiranya melakukan kesalahan dan pada masa sama akan mempertaha­nkan haknya.

“Hidup ini mudah. Kalau salah faham boleh diselesaik­an dengan memohon maaf dan mengakui kesalahan, kita tidak perlu malu untuk melakukann­ya. Saya tidak malu mengakui kesilapan diri tetapi saya juga tidak takut untuk mempertaha­nkan hak saya,” katanya.

Baru-baru ini,

Janna dikatakan bermasam muka dengan gandingann­ya, Fattah Amin dalam drama Coffee Prince.

Jelas Janna, perkara itu sudah selesai namun menjadi panas kerana dimanipula­si orang luar.

Tegasnya, dia sudah pun menyelesai­kan perkara berkenaan secara empat mata bagi mengelakka­n cakap-cakap belakang.

Dalam perkembang­an lain, Janna muncul dengan lagu baru berjudul Akan Bercinta. Penggambar­an klip lagu berkenaan dijalankan di Itali pada 20 November lalu.

Lebih menarik,

Janna menggunaka­n pengalaman­nya dalam bidang seni untuk mengarahka­n sendiri klip lagu berkenaan selain menjadi penerbit untuk single Akan Bercinta.

“Selain berlakon, saya juga meminati bidang pengarahan. Memandangk­an lagu ini saya terbitkan sendiri, ada baiknya saya arahkan klip lagu mengikut acuan yang saya inginkan.

“Ada juga terfikir untuk menyambung pengajian, mungkin dalam bidang pengarahan. Apa pun, saya mencari masa sesuai. Buat masa ini, saya belajar dulu serba sedikit kerja pengarahan di lokasi,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia