Harian Metro

Kin Wah tak buru anugerah

- Amirul Haswendy Ashari. haswendy@hmetro.com.my

Meskipun terima pengiktira­fan di Indonesia, ke sana cuma ‘bekerja’

Setiap kejayaan perlukan pengorbana­n dan pastinya tidak datang bergolek dalam dakapan. Begitu juga halnya dengan pelakon kelahiran Ipoh, Anuar Chew Kin Wah, 52, yang mula menjadi legasi di negara jiran, Indonesia.

Namanya mula meniti di bibir penggiat filem Indonesia selepas merangkul Anugerah Pelakon

Pembantu Terbaik melalui filem Cek Toko Sebelah pada Indonesian Box Office Movie Awards 2017 (IBOMA 2017), Mac lalu dan Festival Filem Tempo (FFT), beberapa minggu lalu.

Itu belum lagi dikira pencalonan terbaru untuk i-Cinema Awards dan Anugerah Piala Maya-6 pada awal minggu lalu.

Pencalonan i-Cinema Awards adalah yang kedua baginya selepas dicalonkan tahun lalu dalam kategori pelakon pembantu terbaik melalui filem pertamanya di Indonesia, My Stupid Boss.

Untuk Piala Maya pula, dia bakal bersaing dengan nama besar seperti Slamet Rahardjo, Ganindra Bimo dan Deddy Sutomo.

“Pengorbana­n mesti ada kerana saya perlu mengembara ke Indonesia untuk bekerja, tinggalkan keluarga, rumah, rakanrakan dan sebagainya.

“Kalau tanya secara peribadi, saya lebih suka bekerja di sini. Tapi apa boleh buat? Tawaran masih banyak dari sana terutama untuk filem. Ia tidaklah sangat lumayan cuma tawarannya ada,” katanya.

Ujarnya, bermula daripada satu projek, mereka dapat lihat pembabitan­nya dalam projek lain pula ibarat ‘domino effect’.

Biarpun bersyukur diberi penghormat­an dan pencalonan bagi anugerah, dia menolak tawaran yang objektif asal untuk ke arah itu.

Katanya, andai ada tawaran seperti itu, dia akan tolak secara baik.

“Tiada filem yang dibuat untuk anugerah. Mana ada orang bekerja sebab nak menang anugerah? Tapi kalau cakap mahu ajak saya buat projek itu kerana ada cerita mahu dikongsi, saya sanggup buat percuma.

“Saya baru habis projek bersama pengarah muda, Muzamil. Ia karya ‘indie’, tidak lumayan tetapi ada pelakon bagus seperti Bront dan Ameerul Affendy. Saya terima sebab ceritanya bagus,” katanya.

Kin Wah menjelaska­n perkara pertama kebanyakan pembikin filem tawarkan adalah mereka ada skrip dan mahu dia baca terlebih dahulu.

“Saya pernah kata, saya hanya pelakon, tiada skrip, tiadalah dialog. Tiada penata bunyi, suara saya tidak keluar. Tiada jurulampu, wajah saya tidak kelihatan. Ia kerja berpasukan dan semuanya bermula daripada skrip,” katanya ringkas.

Bercerita lebih lanjut pengalaman bekerja di negara orang, Kin Wah mempunyai pasukan yang mengurus tawaran di sana. Mereka menganalis­is projek yang ditawarkan sesuai atau tidak tetapi selalunya bergantung pada keputusan Kin Wah sendiri.

Kongsi Kin Wah, ada tawaran yang tidak sesuai tetapi berbeza pula pandangann­ya.

Tanpa berselindu­ng, dia akui situasi industri perfileman di Indonesia sama saja di Malaysia. Ia bergantung pada pilihan itu tepat atau tidak.

“Saya hanya bertuah sebab filem My Stupid Boss adalah karya yang bagus dan diterbitka­n syarikat produksi hebat,” katanya mengenai projek pertama yang mengukir namanya di

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia