Harian Metro

TIDAK KECEWA, HANYA TERTANYA-TANYA

-

Selama hampir dua jam berbual dengan Pelakon Lelaki Terbaik Drama Anugerah Skrin 2014 menerusi telefilem Matahari Terbit Lagi, tidak sedikit pun perasaan kecewa timbul dalam hatinya.

Sebaliknya, pelbagai persoalan timbul kenapa tawaran diterima lebih banyak di Indonesia berbanding negara sendiri.

“Di sana (Indonesia) ada watak untuk saya tapi sini tiada. Kalau boleh buat rayuan, saya teringin nak buat. Tolong buat watak untuk saya? Saya teringin nak terus berlakon di negara sendiri,” katanya berseloroh.

Dia tetap bersyukur ada syarikat produksi tempatan terutama Global Station sudi memberikan peluang kepadanya untuk muncul dalam drama.

“Selalu saya tertanyata­nya, kenapa saya perlu buat watak ini di sana, padahal saya boleh buat watak sama di sini? Kenapa perlu saya gunakan bahasa Indonesia padahal saya boleh menggunaka­n bahasa kebangsaan di negara sendiri?

“Di sini, watak saya selalunya antagonis dengan pelat Cina tetapi di sana watak protagonis dengan bahasa Indonesia,” katanya ketawa.

Biarpun pahit untuk ditelan, dia lihat kepelbagai­an bahasa dan bangsa dalam produksi tempatan tidak diraikan dengan sempurna.

Ujarnya, negara ada drama Melayu yang semua pelakon adalah Melayu, drama Cina dengan semuanya Cina dan India juga begitu. Sehinggaka­n dia pernah disoal bertubi-tubi daripada pembikin luar negara yang menonton drama terbitan tempatan tidak memberi kesamarata­an kepada pelakon pelbagai bangsa.

“Saya pernah menonton satu babak dalam kamar mahkamah sebuah drama Mandarin tempatan yang dilakonkan di Istana Kehakiman. Proses penjurian dilakukan dalam bahasa Mandarin. Apa sudah jadi?

“Bukankah urusan dalam mahkamah wajib berbahasa kebangsaan? Saya tidak boleh nak pertikai sebab mungkin itu cara mereka. Kalau pihak stesen TV yang mahu begitu, apa boleh buat?” katanya sedih.

Namun, jauh dalam sudut hati pelakon ini tetap mempersoal­kan kenapa, lepas lebih 60 tahun Malaysia merdeka, hal ini masih berlaku? Dia akui tidak ramai pelakon berbangsa Cina boleh berbahasa Melayu dengan bagus. Malah dia sendiri masih dalam proses belajar.

“Semuanya kena bermula dari rumah. Drama yang dipertonto­nkan perlu menitikber­atkan penggunaan bahasa dan bangsa yang bersesuai dengan tema. Ya, kita pernah disajikan dengan filem Ola Bola tetapi cerita lain macam mana?

“Saya tidak kata saya bagus tapi cuba tengok di Indonesia. Saya malu apabila mereka tanya, kenapa pelakon Cina Malaysia tidak berbahasa Malaysia?” katanya.

Imbas kembali, dia bermula di pentas teater pada era 1980-an bersama kumpulan teater Inggeris, Five Arts Centre.

Pada masa sama, dia beraksi dalam siri Kopitiam siaran ntv7 yang bersiaran antara 1998 hingga 2003 selama tujuh musim dan mendapat pengiktira­fan di Asian Television Awards.

Chew Kin Wah kemudian berlakon pula dalam drama Kantonis, Homecoming dan drama Melayu, Astana Idaman.

Namanya juga menjadi sebutan apabila melakonkan watak pejuang kemerdekaa­n HS Lee, Menteri Kewangan Malaysia yang pertama dalam filem 1957: Hati Malaya. Filem lain lakonannya termasuk Susuk, Belukar, Take Me To Dinner dan Interchang­e.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia