Harian Metro

Jadi teladan

-

“Tak semestinya kita akan bekerja dalam bidang berkaitan jurusan yang kita pelajari. Jadi, bila melangkah ke dalam industri, kita boleh kembangkan kerjaya dalam apa juga cabang seni,” katanya.

Berkelulus­an Ijazah Sarjana Muda Seni Persembaha­n (Seni Layar), Yana berterima kasih kepada pihak fakulti yang sentiasa mengambil berat alumni.

“Mereka sentiasa memerhati pencapaian setiap alumni. Jadi, saya berterima kasih kerana menjadi antara yang menempa kejayaan dalam industri,” katanya.

Ditanya mengenai sumbangann­ya kepada fakulti, Yana berkata, syarikat produksiny­a sentiasa terbuka untuk menerima pelajar yang ingin menjalani latihan industri.

“Sebelum ini, ramai juga pelajar dari institusi pengajian tinggi melakukan latihan industri di syarikat saya. Tapi, tak ramai daripada UiTM.

“Saya sentiasa terbuka untuk menerima junior sekiranya mereka ingin melakukan latihan industri. Bolehlah saya kongsi pengalaman dan ilmu yang pernah dipelajari sebelum ini,” katanya.

Penganjura­n Anugerah KaryaOne 2017 yang diadakan selepas 20 tahun kewujudan FiTA membuatkan Yana kagum dengan kemampuan pelajar hari ini.

“Waktu saya belajar dulu, kalau majlis anugerah sebegini kami hanya adakan di dewan makan di kampus. Pelajar sekarang bertuah kerana disediakan ruang dan pelbagai kemudahan.

“Apa yang boleh saya katakan, acara ini berlangsun­g dengan gilang-gemilang dan produksiny­a berkualiti,” katanya.

Perkembang­an terkini kariernya, Yana kini rancak mengacarak­an beberapa program TV antaranya Bismillah Ad-Dhuha untuk Astro Oasis dan Wow Shop untuk TV3.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia