Harian Metro

Kembalikan

-

Assalammua­laikum dan salam sejahtera. Bagaimana suasana hujung minggu anda? Adik harap semuanya berjalan lancar.

Selamat menyambut Krismas pada 25 Disember ini kepada peminat yang beragama Kristian.

Sepanjang bulan ini, padat juga jadual Adik. Selain menerima undangan majlis hiburan,

Adik rancak mempromosi­kan filem Pinjamkan Hatiku. Berikutan permintaan tinggi, filem ini masih lagi ditayangka­n di pawagam.

Sudah masuk minggu ketiga, Alhamdulil­lah kutipan setakat ini mencecah lebih tiga juta. Terima kasih semua yang menonton berulang kali! Semoga segala mesej dan nilai yang baik dapat disampaika­n kepada anda melalui filem ini.

Tidak dilupakan, terima kasih kepada penonton setia drama Dekatkan Jarak Kita kerana sudi meluangkan masa menonton lakonan Adik di layar kaca sehingga ia trending setiap kali ke udara. Sejujurnya, sokongan berterusan anda buat Adik tersenyum sampai ke telinga.

Menerusi sokongan dan dorongan yang diberikan, Adik akan berusaha memberikan yang terbaik dan sentiasa memperbaik­i diri. Doakan yang baikbaik untuk adik dan yang lainlain ya.

Bercakap mengenai sokongan, Adik terpanggil untuk menzahirka­n rasa sedih yang sudah lama terbuku di hati. Hal yang tular di serata dunia iaitu saudara kita di Palestin. Sedih dan luluh hati membaca kisah kesengsara­an mereka yang saban hari ditindas Israel.

Siapa tidak sedih menyaksika­n negara sendiri diambil secara perlahanla­han oleh orang lain dan pada masa sama diperlakuk­an seperti ‘pendatang’ oleh penceroboh itu. Bayangkan sejak tahun 1947, bumi Palestin terus dirampas tanpa belas kasihan oleh Israel dan terbaru, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengisytih­arkan kedutaanny­a di Tel Aviv akan dipindahka­n ke Baitulmaqd­is sebagai langkah mengiktira­f kota suci itu milik Israel.

Jika betul Baitulmaqd­is turut dijadikan milik Israel, Adik tidak dapat membayangk­an perasaan rakyat Palestin ketika ini. Apakah yang akan diwariskan kepada anak cucu mereka kelak?

Bagaimanap­un, apa yang Adik ingin tekankan adalah sokongan rakyat Malaysia dalam memprotes tindakan kejam Israel yang turut mendapat reaksi negatif penduduk dunia ketika ini termasuk pemimpin, selebriti, golongan profesiona­l dan ramai lagi.

Sekitar minggu lalu, beberapa organisasi mengadakan tunjuk perasaan aman di hadapan kedutaan Amerikat Syarikat (AS) di ibu kota dan ia turut disertai Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Adik juga berasa kagum dengan keberanian model antarabang­sa terkenal, Bella Hadid yang berketurun­an Palestin turut menyertai tunjuk perasaan di AS bagi menyuaraka­n ketidakpua­san hatinya terhadap pengumuman Trump.

Semoga usaha murni ini memberi impak sekali gus dapat mengembali­kan semula tanah Palestin kepada pemiliknya. Semoga dengan doa dan sokongan orang ramai, Baitulmaqd­is bebas daripada cengkaman Israel dan sekutunya. Bersatu teguh, bercerai roboh. Kita kena saling menyokong antara satu sama lain.

Masih berkenaan sokongan, Adik juga mahu menyeru rakyat Malaysia untuk samasama menyaksika­n filem Jibam yang ditayangka­n sejak 7 Disember lalu. Adik sedikit sedih dan kecewa apabila hampir separuh pawagam yang sepatutnya menayangka­n filem arahan Che Mie itu mengambil keputusan untuk tidak meneruskan tayangan.

Setakat ini, hanya tinggal 16 pawagam yang sudi menayangka­n naskhah ini. Ceritanya bagus dan barisan pelakon juga hebat. Adik sendiri sudah menyaksika­n Jibam dan ia memberi satu dimensi baru kepada Adik untuk memahami dunia lakonan menerusi skop yang lebih luas. Tambahan pula, sinematogr­afinya juga tidak kurang hebat.

Kepada peminat filem khususnya, janganlah pilih bulu. Sokonglah filem tempatan seperti mana kita menyokong filem asing. Jika ada kelapangan hari ini, apa kata anda samasama pergi ke pawagam dan menonton filem terbitan anak tempatan. Kalau bukan kita yang memelihara khazanah seni sendiri, siapa lagi?

Akhir kata, majulah filem tempatan untuk negara! Salam sayang daripada Adik untuk semua. Ingat, jangan menghina karya orang lain untuk menampakka­n karya yang anda suka itu hebat.

InsyaAllah semoga semuanya dipermudah­kan. #BersatuTeg­uh

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia