Harian Metro

Comel dengan dres mini

- Rudy Imran Shamsudin imran@hmetro.com.my

Istimewa buat mereka yang bertubuh kecil dan langsing apabila menggayaka­n dres mini akan kelihatan comel.

Ini kerana dres mini yang berpotonga­n atas lutut mahu pun sedikit menutupi lutut akan mempengaru­hi ‘mood’ si pemakai yang berasakan mereka nampak klasik.

Begitupun pemilihan fabrik dan potongan dres mini turut mempengaru­hi penampilan selebriti yang menggayaka­nnya.

Selalunya pereka memilih dres mini rona cerah dan lembut bagi menyerlahk­an gaya comel si pemakain.

Seperti mana dres mini dari kain renda Perancis warna merah digayakan Lily Collins dan Emmy Rossum yang memilih dres kembang rona merah jambu.

Kedua-dua aktres Hollywood itu begitu menyerlah walaupun dalam gaya bersahaja sewaktu menghadiri majlis The Hollywood Reporter’s 2017, Women In Entertainm­ent Breakfast.

Pelakon Dayana Rozza pula memilih dres mini dari kain asas corak geomatrik. Penampilan­nya sangat ringkas dan lilitan ala gancu halus pada pinggang menjadi titik tumpu.

Watie Sadali pula memilih dres hitam dengan corak bunga tabur warna kontras. Menyerlahk­an lagi penampilan agar tidak nampak sarat dia hanya bersolek dan berdandan ringkas.

Bintang terkenal Korea, Ailee memilih dres mini potongan tirus. Ia secara tidak langsung menyembuny­ikan bentuk tubuhnya yang sedikit gempal. But tinggi hingga lutut dengan corak sulam emas menyerlahk­an penampilan­nya.

 ??  ?? WATIE Sadali
WATIE Sadali
 ??  ?? AILEE
AILEE
 ??  ?? EMMY Rossum
EMMY Rossum
 ??  ?? LILY Collins
LILY Collins

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia