Harian Metro

Tak pernah sambil lewa

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Enam tahun memperjuan­gkan bakat lakonan, nyata membuahkan hasil seperti yang diharap pelakon Syafiq Kyle, 25.

Kini, Syafiq boleh tersenyum kerana kehadirann­ya dalam industri hiburan semakin mendapat perhatian.

Malah, dia antara bintang muda paling menyerlah sehingga menjadi kegilaan ramai wanita.

Ramai memuji keberkesan­an lakonannya terutama membabitka­n babak mesra dan romantik seperti dipaparkan dalam drama Mencintaim­u Mr Photograph­er.

Syafiq atau Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak mengakui dia sangat komited ketika bekerja.

“Saya tidak pernah bersikap sambil lewa dan sentiasa berusaha memberikan persembaha­n terbaik.

“Apatah lagi, semua yang terbabit bekerja keras termasukla­h penerbit, pengarah, kru dan rakan artis.

“Oleh itu, saya perlu komited dan profesiona­l di lokasi

Syafiq buat yang terbaik setiap kali

lakonkan babak romantik

penggambar­an,” katanya.

Semakin utuh di hati peminat, drama Dekatkan Jarak Kita di TV3 terus melakar kejayaan buat Syafiq. Instagram Shafiq pun kini mencatat hampir sejuta pengikut.

Mengulas aksi mesra dan romantik dalam drama yang seakan sudah menjadi ‘makanannya’, Syafiq berkata, ia dilakukan atas dasar profesiona­l.

“Sebagai orang baru masih banyak perlu saya pelajari dan perbaiki.

“Saya tidaklah mahir sangat melakonkan babak romantik atau aksi mesra.

“Setakat ini, apa yang dipersemba­hkan adalah hasil perbincang­an bersama pengarah dan persetujua­n gandingan saya.

“Apa yang pasti, setiap babak mesra dan romatik bukan suka-suka tetapi mengikut kehendak plot cerita,” katanya.

Mengulas sambutan hebat drama Dekatkan Jarak Kita, Syafiq berterima kasih kepada JS Pictures dan penonton.

“Terima kasih kerana menyokong drama ini dan saya sudah cuba sebaik mungkin bawa watak Tashriq.

“Apapun, saya perlu berterima kasih kepada Sheila Rusly dan Jinggo kerana banyak membantu.

“Begitu juga dengan barisan pelakon lain yang membintang­i drama ini. Kami sudah buat yang terbaik,” katanya.

Berganding dengan pelakon Ayda Jebat sebagai Alyssa, drama Dekatkan Jarak Kita yang mengisi slot Samarinda TV3 berjaya ‘trending’ setiap episod di Twitter.

Selain Syafiq dan

Ayda, drama ini turut dibintangi Wan Sharmila, Azhan Rani, Aishah Atan, Catriona Ross, Nadia Brian dan Emma Akma.

Apa yang pasti, setiap babak mesra dan romatik itu bukan suka-suka tetapi mengikut kehendak plot cerita

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia