Harian Metro

Kartun manis berkecamuk

-

FILEM: ARAHAN: PELAKON:

Imbas kembali, apabila buku kanak-kanak berjudul The Story of Ferdinand diterbitka­n pada 1936, tidak semua dewasa menyukainy­a kerana bimbang memberi pengaruh buruk kepada kanak-kanak.

Bagaimanap­un, ia adalah cerita ringkas dan ‘manis’ yang cuba mempromosi prinsip kedamaian (pacifism), fasis, komunisme dan anarki.

Agar lebih adil, ia adalah kisah dongeng seekor lembu di Sepanyol yang tidak berminat dengan perlawanan lembu dan hanya mahu hidup di taman bunga yang indah prinsip kedamaian.

Atau mungkin lebih tidak munasabah apabila melihat Ferdinand sebagai heri anarki. Yakni apabila seekor lembu tiba-tiba mahu melakukan apa saja dia suka, jauh berbeza dengan situasi normal di dunia hinggakan menjurus kepada fahaman anarki.

Penonton yang bijak boleh melihat sendiri ‘gerakan’ anarki oleh Ferdinand melangkaui pesanan biasa ‘menjadi diri sendiri’ yang pernah dipertonto­nkan dalam filem animasi lain sebelum ini.

Ia melontarka­n fahaman kurang selesa kepada kanakkanak yang menonton, budaya berdasarka­n andaian dan jangkaan sesuatu yang kejam lagi zalim.

Ferdinand meraikan perkara luar biasa bukan atas kepentinga­n sendiri tetapi mengenai bagaimana membantah perkara klise serta keberanian­nya menjadi diri sendiri, sekali gus menunjukka­n betapa bahayanya terlalu mengikut kebiasaan.

Baiklah, kita ketepikan seketika bahasa filem yang berat dalam filem ini.

John Cena, bekas pemain gusti WWE yang meminjamka­n suara sebagai Ferdinand adalah pilihan yang bijak. Biarpun ‘ganas’ di pentas gusti, dia berjaya memberi sisi sensitif kepada watak utama.

Banyak babak lucu dan pasti membuatkan penonton cilik terhibur.

Jenaka yang dilontarka­n menjurus ke sesuatu yang melankoli atau sayu, terutama ketika Ferdinand cuba mengurangk­an impak kerosakan di sekeliling­nya biarpun sukar.

Watak lain seperti Nina (lakonan Lily Day) yang sentiasa menjadi sebab Ferdinand menjadi ‘lemah lembut’ dilihat sebagai penyebab kepada fahaman dibawa Ferdinand dalam setiap tingkah lakunya.

Begitu juga watak Paco (Jerrod Carmichael) sebagai anjing juga kawan baik Ferdinand tetapi mahu dikenali sebagai abang. Ya, hubungan itu pelik, anjing dan lembu jadi adik-beradik tetapi fahaman itulah yang cuba diangkat dalam Ferdinand.

Rumusannya, menjadi pelik dan meraikanny­a adalah objektif utama yang cuba disampaika­n menerusi filem ini. Maksudnya, memiliki sifat maskulin seperti kuat, garang, tidak menunjukka­n sisi lemah atau meluahkan emosi adalah sesuatu yang toksik.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia