Harian Metro

Banyak sebab peminat pasti gembira

-

baru dengan karakter dalam filem, ada teks pada awal cerita yang menjelaska­n sejarah pada perkara yang pernah berlaku.

Walaupun segala maklumat berkaitan diceritaka­n, pengalaman penonton tidak akan sama sekiranya tidak menyaksika­n filem pertama dan mengingati asas emosi kepadanya.

Karakter Rey merungkai misteri dan rahsia masa lampau dan perkara yang tidak dielakkan membabitka­n Kylo serta

First Order ketika berlatih dengan Luke. Kiranya, plot ini ringkas dan perinciann­ya pasti merosakkan pengalaman penonton.

Jika tidak disebabkan hal lain, The Last Jedi mempunyai kelebihan pada sinematogr­afi terbaik pernah dipaparkan.

Daripada kesan khas tambahan yang sempurna, hinggalah kepada suasana persekitar­an premis filem melangkaui minda hasil cetusan idea bahagian seni produksi The Last Jedi, tiada apa dapat dikatakan kecuali pujian.

Sama ada penonton akan menyukai atau tidak pengalaman sepanjang tontonan, visual babak cukup memukau. Terutama pada perincian alam semula jadi yang dicipta khas untuk babak-babak tertentu.

Secara peribadi, hampir seluruh filem adalah memukau terutama apabila muncul satu dua babak tanpa dialog dan meminta anda untuk ‘terkedu’ dek imej dipaparkan, rasanya itulah yang akan anda lakukan juga.

Dan sekali lagi, tanpa menghidang­kan keseluruha­n jalan cerita, sebaik sahaja Kylo, Finn dan Poe masuk, cara semua cerita mereka dihubungka­n sangat bijak.

Pengarah bersikap adil kepada pengakhira­n longgar yang pernah disuarakan peminat pada masa lalu. Pada masa sama, ia turut mencipta cerita baru bagi melengkapk­an proses.

Terutama apabila menonton lakonan matang Adam Driver sebagai Kylo, penonton seolah-olah terpaku di kerusi tatkala dia mula mendedahka­n misteri Snoke.

Begitu juga lakonan

Mark Hamill (sebagai

Luke Skywalker) yang memberi persembaha­n jujur atau Andy Serkis sebagai Supreme Leader Snoke yang benar-benar memberi kejutan tersendiri.

Akhir cerita, filem ini kelihatan terlalu mencuba untuk memberi kesan kepada peminat cereka sains dan Star Wars seluruh dunia.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia